PRESTASI pelumba legenda, Valentino Rossi (Petronas Yamaha SRT) terus merudum apabila gagal menamatkan perlumbaan di GP Portugal malam semalam. Bagaimanapun, beliau sebenarnya menampilkan prestasi agak baik dalam kelompok 10 teratas sebelum terbabas di selekoh Turn 11.
Bukan saja peminat, Rossi turut kesal atas kegagalannya menamatkan perlumbaan, tetapi masih kekal optimis dan percaya prestasi semalam lebih baik daripada aksi di GP Doha.
Rossi berkata, pemilihan tayar dibuat betul yang membolehkan beliau berlumba dengan pantas. Walaupun bermula dari belakang yang membuatkan kehilangan banyak masa, tetapi beliau masih mampu memberikan prestasi baik.
Tak tau apa jadi, aku race macam biasa, tapi tau-tau aku hilang kawalan tayar depan dan terus makan tar. Mujurlah aku tak puasa."
Walaupun berterusan dilanda malang, Rossi kekal bersemangat dan percaya akan bangkit semula di Jerez. Ini berdasarkan rekod cemerlang di litar itu yang menjadi sandaran untuk beliau membuktikan kemampuan terus bersaing.
BACA >>> Quartararo Menang Lagi! Marquez Nombor 7, Rossi Makan Tar
BACA >>> Lorenzo Kecewa Aksi Rossi di Qatar, Yakin Bangkit di Jerez
SUMBER: MotoGP
Leave a Reply