• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / bZ4X Concept - Bakal Jadi Siri EV Baharu Toyota Masa Depan

bZ4X Concept - Bakal Jadi Siri EV Baharu Toyota Masa Depan

April 19, 2021 By Shawkath Leave a Comment

83
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA memperkenalkan model konsep kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik saiz sederhana, Toyota bZ4X Concept sempena Pameran Motor Shanghai di China, hari ini.

Ini ialah model kenderaan elektrik (EV) pertama dalam siri bZ, bermaksud 'Beyond Zero' yang akan diperluas dengan tambahan sekurang-kurangnya tujuh model baharu pada masa akan datang.

Berikut perincian model konsep Toyota bZ4X Concept:

  • Dibangunkan Toyota Motor Corporation dengan kerjasama Subaru Corportation yang saling berkongsi kepakaran.
  • Dibina menggunakan modular platform Artitektur Global Baharu Toyota-E (e-TNGA) ciptaan Toyota dan Subaru yang dibangunkan khas untuk EV dengan menggunakan motor elektrik tunggal atau kembar serta sistem pacuan semua roda (AWD).
  • Mirip RAV4, tetapi cuma berbeza dimensi, iaitu lebih rendah dan mempunyai jarak roda panjang serta anjur (overhang) rendah yang menawarkan keselesaan ruang belakang seperti kenderaan segmen-D.
  • Papan pemuka jenis horizontal dengan kluster instrumen meter tinggi dari stereng, manakala unit infotainment skrin sentuh di tengah diposisikan lebih rendah untuk memastikan pemandu mendapat pandangan panoramik cermin depan.
  • Menggunakan sistem AWD dengan dua unit motor pada gandar depan dan belakang, yang memberikan kemampuan meredah jalan  off-road.
  • Kenderaan massa pertama dunia menggunakan kombinasi yok stereng (steering yoke) dan sistem kawalan elektronik steer-by-wire untuk pengendalian lebih baik, dengan respons dan sudut belokan lebih tepat.
  • Pengeluaran dan jualan versi sebenar bZ4X dijangka bermula pertengahan 2022.
  • Akan dieksport ke pasaran Amerika Syarikat (AS) pada pertengahan 2022 yang dianggap langkah bijak kerana RAV4 ialah model Toyota paling laris di AS.
  • Toyota mahu memperkenalkan 15 model kereta elektrik berasaskan bateri menjelang 2025, termasuk tujuh dalam siri Toyota bZ.
Toyota bZ4X -6
Toyota bZ4X -4
Toyota bZ4X -12
Toyota bZ4X -8
Toyota bZ4X -2
Toyota bZ4X -3
Toyota bZ4X -9
Toyota bZ4X -11
Toyota bZ4X -5
Toyota bZ4X -7
Toyota bZ4X -13

SUMBER: Car And Driver

Related

83
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Beyond Zero, Kereta elektrik Toyota, Pameran Motor Shanghai 2021, Toyota bZ4X, Toyota RAV4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev