• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Spesifikasi Yamaha FZ-X Bocor! Varian Baharu dalam Siri FZ

Spesifikasi Yamaha FZ-X Bocor! Varian Baharu dalam Siri FZ

April 18, 2021 By Aryon Leave a Comment

264
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SPESIFIKASI streetbike Yamaha FZ-X bocor di media sosial India dalam bentuk sijil kelulusan jenis (VTC), dijangka model sama yang dikesan dan dirakamkan dalam foto intip sebelum ini. Ini juga seakan mengesahkan ada varian baharu ditambah dalam portfolio siri FZ yang mungkin dijual sedikit lebih mahal daripada FZ FI.

Terdahulu, tular foto intip  FZ-X yang menampilkan gaya retro-moden yang tipikal dengan cita rasa penunggang India. Ia boleh jadi motosikal dengan pelana tunggal, bahagian ekor bersegi, cermin sisi bulat, peg kaki tengah dan tayar dadu.

Model iti juga dijangka mengekalkan trenkuasa sama 149cc yang menghasilkan kuasa 12.2hp @ 7250rpm dan tork 13.6Nm @ 5,500rpm. Ciri lain dimiliki ialah rim aloi 17 inci, brek cakera 282mm di depan dan 220mm di belakang, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) saluran tunggal, sistem suspensi jenis fork teleskopik (depan) dan monoshock boleh laras 7-tetapan yang dipinjamkan daripada barisan FZ sedia ada.

Menurut dokumen VTC itu lagi, FZ-X baharu ini 30mm lebih panjang, 35mm lebih tinggi dan 5mm kurang lebar daripada FZ, manakala jarak roda kekal sama pada 1,330mm. Yamaha juga khabarnya akan menguji XSR 250 yang didatangkan dengan frem, rim dan panel badan berbeza berbanding FZ-X.

BACA >>> Yamaha FZ 25, FZS 25 (2020) Versi Patuh BS6 Lancar di India, Harga Mula RM8.6k
BACA >>> #BikinMotor: Yamaha Vixion (FZ150i) dari Streetbike Naked kepada Sportbike Fairing

Related

264
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, roda2, sportbike, streetbike, Yamaha, Yamaha FZ-X

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev