• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Amerika Panggil Balik CBR1000RR-R (2021), Salah Pasang Plat Pelana

Honda Amerika Panggil Balik CBR1000RR-R (2021), Salah Pasang Plat Pelana

April 16, 2021 By Shawkath Leave a Comment

176
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGEDAR motosikal Honda di Amerika Syarikat (AS), American Honda melancarkan kempen panggil balik model CBR1000RR-R SP bermula 7 Jun nanti berikutan masalah kesilapan pemasangan kusyen pelana belakang dan plat sambung.

Kempen panggil balik itu melibatkan Fireblade keluaran 2021 selepas 89 unit model  AS didapati perlu diperiksa serta-merta. Merujuk dokumen, masalah berpunca daripada plat kusyen pelana belakang dipasang terbalik hingga boleh menyebabkan risiko patah.

Panggil balik itu juga dibuat berdasarkan rekod pemasangan kilang mengenai kemungkinan semua produk keluaran tahun tersebut disyaki mengalami masalah sama.

Bagi menambah baik kerja pemasangan kilang, plat sambung kusyen pelanan belakang kini ada pelekat rujukan pemasangan. Selain itu, pemeriksaan visual akan dilakukan dan satu tanda diberikan ketika proses pemasangan.  Ini kerana jika plat sambung patah, ketinggian pelana berisiko tiba-tiba jatuh hingga menyebabkan kemalangan.

Honda akan menghubungi semua pemilik Fireblade terjejas dan pengedar Honda akan melakukan pemeriksaan komponen tersebut dan menukar kedua-dua plat sambung kusyen pelanan secara percuma (jika perlu).

Dalam perkembangan sama, Honda Jerman turut mengumumkan notis panggil balik, tetapi tiada maklumat didedahkan mengenai jumlah model terlibat.

SUMBER: Asphalt&Rubber | NHTSA

Related

176
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: American Honda, Honda America, Honda CBR1000RR-R, Honda CBR1000RR-R SP, Honda CBR1000RR-R SP (2021), Kempen Baik Pulih Honda Fireblade, Panggil Balik, Recall

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev