HONDA Motorcycle & Scooter India (HMSI) mengumumkan penubuhan divisyen khas baharu untuk menguruskan aspek eksport motosikal Honda ke seluruh dunia.
Tujuan utama divisyen khas itu adalah menjadikan India sebagai hab eksport motosikal Honda sedunia yang seiring slogan 'Making in India for the World' (Buat di India untuk Dunia). Antara pasaran yang sedang dan akan diterokai ialah Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Asia Tenggara.
Rancangan meluaskan bisnes eksport ke pasaran lain dibuat selepas mendapat maklum balas positif mengenai CB350 H’ness (foto utama, atas) yang dieksport ke beberapa negara sejak tahun lalu, termasuk Jepun baru-baru ini. Ada laporan awal menyatakan model unit mungkin dieksport keluar dari India ialah model 250cc ke atas.
BACA >>> Honda GB350 (2021) Lancar di Jepun, Model CBU dari India
Honda India (Honda2Wheelers India) memulakan aktiviti eksport pada 2001 menerusi model Activa (foto atas) dengan mencatat jumlah eksport 1 juta unit pada 2015.
Setakat ini, Honda India sudah mengeksport ke 35 pasaran berbeza seluruh Eropah, Amerika Latin dan Amerika Tengah, Timur Tengah, Asia Tenggara, Jepun dan negara lain.
Selain India, negara Asia termasuk Malaysia mengimport model motosikal dan skuter Honda yang dihasilkan di Thailand dan Indonesia. Kebanyakannya berkapasiti 150cc ke atas. Filipina turut mengeksport motosikal Honda pemasangan tempatan seperti XRM125 ke New Zealand dan model skuter seperti BeAT dan streetbike TMX 125 juga berpotensi menyertai senarai eksport berkenaan.
BACA >>> Honda CB1300 (2021) dengan Gaya Retro Lancar di Jepun, Harga Mula RM61.3k
BACA >>> Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
SUMBER: Motopinas
Leave a Reply