• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lari dari Polis, Pemandu Maserati Mujur Masih Hidup Selepas Rempuh Jejambat

Lari dari Polis, Pemandu Maserati Mujur Masih Hidup Selepas Rempuh Jejambat

April 16, 2021 By Shawkath Leave a Comment

208
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMANDU Maserati Levante ini cukup bertuah kerana masih hidup selepas terlibat dalam kemalangan ngeri di California, Amerika Syarikat (AS) ketika cuba melarikan diri dari polis peronda yang cuba menahannya.

Pejabat Peronda Lebuh Raya California cawangan Oakland (Oakland CHP) mendakwa pemandu lelaki berumur 32 tahun itu enggan menghentikan kenderaannya apabila diarahkan, sebaliknya bertindak memecut lebih 160kmj.

Bagaimanapun, usaha suspek melarikan diri menemui kegagalan ketika cuba keluar dari lebuh raya apabila dikejar beberapa unit peronda. Menurut kenyataan Oakland CHP;

Maserati itu memandu keluar dari lebuh raya, dan tiba-tiba memanjat tebing sebelum merempuh bahagian bawah jejambat lebuh raya.”

Jurucakap Oakland CHP, David Aria berkata, usaha mengejar kenderaan itu tidak mengambil masa lama kerana pemandu tersebut gagal meneruskan perjalanan.

"Sebaik saja menyusur keluar lebuh raya, pemandu itu bukan memandu di laluan lurus tetapi membelok kiri dan naik atas tebing serta merempuh bawah lebuh raya.”

Oakland CHP berkongsi gambar di Instagram menunjukkan kemalangan ngeri yang berlaku pada 12 April lalu dan menyifatkan suspek tersebut bertuah kerana masih hidup.

Suspek kemudian dibawa ke hospital selepas mengadu sakit dada dan bakal berdepan tuduhan memandu cuai serta cuba melarikan diri dari pihak berkuasa. Semakan mendapati tiada penumpang lain dalam kereta tersebut dan Maserati itu pula milik teman wanitanya.

BACA >>> Kemalangan Banyak Sangat Sebab Pemandu Tidak Pegang Stereng, Tesla Kena Siasat
BACA >>> Kajian: Mencelah, Guna Laluan Laju Punca Utama Kemalangan Motosikal Bawah 250cc

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CHP Oakland (@oaklandchp)

SUMBER: SFGate

Related

208
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Global, Maserati Levante, Oakland CHP, Peronda Lebuh Raya California, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev