• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / #PanduUji: Honda City (2020) Varian V, Masihkah Sedan Segmen-B Terbaik?

#PanduUji: Honda City (2020) Varian V, Masihkah Sedan Segmen-B Terbaik?

April 25, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA City sememangnya model popular dalam kalangan peminat Honda semalaysia. Sebagai antara model Honda berharga mampu milik, sedan subkompak ini menjadi pilihan mereka yang mahukan kereta yang selesa dan bergaya.

Honda Malaysia memperkenalkan City (2020) dalam wajah serba baharu pada Oktober tahun lalu yang dijual pada harga bermula sekitar RM74,000. Adakah kereta ini benar-benar berbaloi dan sebagus popularitinya? 

Saya diberi peluang memandu uji City (2020) varian V (yang berharga RM86,561.45), iaitu varian ketiga tertinggi sebelum RS. Secara ringkas, kereta ini boleh dikatakan memenuhi jangkaan saya dari segi keselesaan dan prestasi sebuah sedan segmen-B. Rekabentuk luaran juga cantik dan sedap mata memandang terutama model putih.

Berikut perincian lebih lanjut mengenai pengalaman saya memandu City (2020) varian V ini!

ENJIN 1.5L NA, TRANSMISI CVT

City varian V dikuasakan enjin 4-silinder 1.5L DOHC aspirasi natural (NA) berkuasa 119hp dan tork 145Nm dengan transmisi automatik CVT. Sepanjang saya memandu, kuasa yang diberikan cukup, atau kata orang, sedang elok. Kuasa diberikan sangat sesuai untuk pemanduan dalam bandar.

Walaupun menggunakan transmisi CVT yang agak skeptikal  bagi sesetengah orang, tetapi kehadiran pedal syif dapat menutup kelemahan yang ada pada transmisi jenis ini. Manfaatnya, kecekapan bahan api yang optimum!

SEKALI PANDANG BIASA, 2-3 KALI TENGOK NAMPAK SEGAK BERGAYA

Sebelum memandu, saya sebenarnya sudah banyak kali melihat kelibat model ini atas jalan raya. Jadi pengamatan awal untuk rekabentuk luaran kereta ini cuma biasa-biasa saja, tiada apa yang menarik perhatian mengenai kereta ini. 

Namun, selepas memandu dan melihat lebih dekat, rasa minat itu mula timbul. Rekabentuk keseluruhan model edisi 2020 ini jelas lebih kemas dan rapi menerusi kehadiran lampu belakang dengan strip LED yang memberikan identiti unik untuk sedan ini. Tengok banyak kali, cantik juga sebenarnya.

Bagaimanapun, antara kekurangan pada bahagian luaran adalah aspek kemasan kit badan. Walaupun varian V ini ialah ketiga tertinggi (atau boleh dikatakan sebagai paling premium untuk versi enjin petrol biasa), tetapi penampilannya agak 'bogel' kerana tidak disertakan spoiler belakang yang hanya diberikan pada varian RS.

Juga tiada tambahan gaya sporty seperti skirt dan lip, atau kemasan dwi tona pada rim. Memang nampak kosong dan agak hambar.

KABIN MINIMALIS, ADA ANDROID AUTO DAN APPLE CARPLAY

Saya tiada jangkaan tinggi untuk ruang dalaman kerana ini bukan model paling premium dalam famili City (2020). Jadi, saya berpuas hati dengan rekaan dan kemasan digunakan untuk bahagian kabin dengan kemasan kulit dan upholsteri tona gelap berserta aksen perak dan krim. 

Varian V datang dengan warna dwi-tona (hitam dan krim) pada papan pemuka dan perehat lengan pintu. Walaupun cantik, tetapi sedikit kurang sesuai kepada ia antara bahagian kabin yang paling banyak disentuh, terutama mereka yang mempunyai anak kecil. Jadi warna krim yang cantik pada panel pintu itu berpotensi menjadi kusam dan lusuh.

Unit infotainment skrin sentuh 8 inci dengan konektiviti Android Auto dan Apple CarPlay pastinya menjadi ciri paling diharapkan pemilik City. Paparan antaramuka pengguna (UI) juga mudah digunakan.

Kerusi juga sangat selesa untuk kereta segmen ini sama ada untuk pemandu dan penumpang depan serta penumpang belakang. Bagaimanapun, pengalaman memandu dengan membawa penumpang penuh, bahagian kerusi tengah belakang tidak cukup selesa, terutama untuk perjalanan jauh. Kalau untuk anak berstatus kanak-kanak, tiga orang di belakang sudah cukup selesa.

Ruang but pula, kapasiti 519 liter sememang mencukupi dan praktikal untuk seisi keluarga membawa muatan untuk seminggu bercuti di kampung atau ke mana-mana pusat peranginan.

SERONOK DIPANDU, TAPI...

Seperti dikatakan tadi, enjin digunakan memberikan cukup kuasa dan saya akui memang seronok memandu kereta ini. Suspensi jenis strut MacPherson pada gandar depan dan torsion beam di belakang menyerap hentakan dengan baik dan menjadikan sedan ini selesa untuk seisi keluarga. Berat stereng ringan dan mudah dikendalikan.

Cuma isu yang saya perasan adalah kereta ini sedikit melayang atau membuai apabila halaju mencecah lebih 140kmj walaupun situasi sekeliling normal tanpa angin kuat dan jalan pula kering. Mungkinkah ada masalah tetapan suspensi, stereng atau casis? Ataupun unit pandu uji ini yang bermasalah?

Ciri keselamatan juga lengkap seperti Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (AB), Signal Henti Kecemasan (ESS) dan Bantuan Mula Daki (HSA). Varian ini turut didatangkan dengan ciri Honda LaneWatch yang membantu pemandu memantau situasi lalu lintas sebelah kiri jalan apabila signal belok diberikan. Namun, kualiti kamera nampak agak murahan. 

KESIMPULAN

Keseluruhannya, Honda melakukan kerja yang sangat baik dalam pembinaan City (2020) serba baharu ini. Tidak banyak perkara yang saya tidak suka sama ada dari segi gaya, praktikaliti atau prestasi. Kalau ada pun isu kereta membuai ketika memecut laju dan masalah ini anda boleh dapatkan input dan maklumat tambahan daripada laman grup pemilik City di media sosial.

Apapun, saya masih bersetuju untuk meletakkan sedan ini sebagai model terbaik dalam kelasnya. Saya boleh rasakan anda susah hendal menyesal selepas membeli kereta ini, apatah lagi anda memang peminat Honda. 

BACA >>> #PanduUji: Berbaloi Tak Beli Lexus RX 300 F Sport Edisi Naik Taraf Ini?
BACA >>> #PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

honda city 2020 spec vPXL_20210404_103253956
honda city spec v
honda city spec v
honda city 2020 spec vPXL_20210404_103133157
honda city 2020 spec vPXL_20210404_103425652
honda city 2020 spec vDSC05366
honda city 2020 spec vPXL_20210404_103343208
honda city 2020 spec vDSC05362
honda city 2020 spec vDSC05378
honda city 2020 spec vDSC05431
honda city 2020 spec vDSC05432
honda city 2020 spec vDSC05387
honda city 2020 spec vDSC05409
honda city 2020 spec vPXL_20210404_110145364
honda city glove box
honda city spec v armrest
honda city 2020 spec vDSC05399
honda city 2020 spec vDSC05407

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji Tagged With: b-segment, Honda, Honda City, Honda City Malaysia, Pandu uji, Pandu Uji Honda City V (2021), Roda4, Sedan, sedan segmen-B, Sedan Sudkompak, Segmen B

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev