• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Lumba Drag Ducati Panigale V4 S vs BMW X5 M Competition, Siapa Makan Asap?

Lumba Drag Ducati Panigale V4 S vs BMW X5 M Competition, Siapa Makan Asap?

April 15, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

144
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERSAINGAN antara motosikal dan kereta sentiasa jadi perdebatan yang tidak akan habis. Peminat motosikal dan kereta masing-masing tidak mahu kalah untuk menunjukkan kenderaan manakah lebih pantas. 

Sebagai tradisi juga, perdebatan itu biasanya diselesaikan atas trek. Itulah berlaku dalam video di bawah ini membabitkan pertarungan drag antara kenderaan aktiviti sukan (SAV), BMW X5 M Competition dan superbike Ducati Panigale V4 S.

Atas kertas, perlumbaan itu sudah nampak sangat berat sebelah. Tidak mungkinlah sebuah SAV berat mampu mengalahkan superbike premium Ducati? X5 M Competition dijana enjin V8 4.4L Twin-Turbo berkuasa 617hp dan tork 760Nm. Ducati Panigale V4 S pula menggunakan enjin V4 1,103cc berkuasa 211hp dan tork 124Nm. 

BMW nampak sanbat berkuasa, tetapi Ducati pula berkali ganda lebih ringan.

Berdasarkan video, X5 M Competition kelihatan mendahului lawan bermula awal perlumbaan. Ini dibantu sistem pacuan empat roda (4WD) BMW xDrive yang dimiliki SAV itu. Namun, itu tidak lama dan semua berubah apabila Panigale V4 mula mendapat kuasa dan langsung memecut laju meninggalkan lawannya.

Perlumbaan dilakukan beberapa kali dan ada satu perlumbaan X5 M Competition diberikan peluang bermula dulu dan dapat menewaskan Panigale. Begitulah jauhnya perbezaan antara kereta prestasi tinggi dengan superbike. Namun, pemilihan kereta yang lebih baik patut dilakukan supaya perbandingan lebih adil. 

BACA >>> Ducati AS Lancar Scrambler Desert Sled Fasthouse Edisi Terhad, 800 Unit, RM67.9k
BACA >>> Inilah Ciri Menarik BMW 330Li M Sport CKD Serba Baharu, Harga RM300k!

bmw x5 vs ducati panigale v4 sScreenshot 2021-04-15 at 2.40.36 PM
bmw-x5-vs-ducati-panigale-v4s-2
bmw-x5-vs-ducati-panigale-v4s-3
bmw x5 vs ducati panigale v4 sScreenshot 2021-04-15 at 2.42.36 PM
bmw-x5-vs-ducati-panigale-v4s-1
bmw x5 vs ducati panigale v4 sScreenshot 2021-04-15 at 2.41.08 PM
bmw x5 vs ducati panigale v4 sScreenshot 2021-04-15 at 2.42.03 PM
bmw x5 vs ducati panigale v4 sScreenshot 2021-04-15 at 2.41.48 PM
bmw x5 vs ducati panigale v4 sScreenshot 2021-04-15 at 2.51.06 PM

SUMBER: AutoEvolution

Related

144
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: BMW, BMW X5 M Competition, drag, Ducati, Ducati Panigale V4 S, SAV, superbike, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev