• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!

Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!

April 14, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

7.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS Polis Diraja Malaysia (PDRM) memiliki drama siri terkenal seperti Roda-Roda Kuala Lumpur dan Gerak Khas, kini satu lagi agensi penguatkuasaan negara juga akan menyiarkan drama siri sendiri.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal menayangkan drama bersiri 13 episod berjudul ‘Skuad JPJ’ tidak lama lagi. Ia diumumkan melalui video treler berdurasi 1 minit 31 saat dimuat naik JPJ menerusi laman Facebook rasmi agensi Kerajaan tersebut yang boleh dilihat di bawah ini.

Bagaimanapun, video treler tersebut menerima pelbagai reaksi netizen. Antaranya, ramai mempersoalkan adegan tembak-menembak dalam video berkenaan kerana berpendapat bidang kuasa JPJ tidak membabitkan cara penguatkuasaan menggunakan senjata api.

Sebaliknya sepanjang tayangan video treler itu, kelihatan anggota JPJ melakukan banyak aksi kejar-mengejar dan berbalas tembakan dengan penjenayah. Situasi itu sebenarnya sangat jarang dapat dilihat dalam realiti sebenar. Jadi, tidak hairanlah video ini sukar diterima netizen di Facebook.

Di bawah ini beberapa komen netizen yang sempat kami petik:

BOLEHKAH JPJ GUNA SENJATA API?

Apapun, perlu kita tahu yang anggota penguat kuasa sebenarnya dibenarkan memiliki dan menggunakan senjata api, tetapi tertakluk kepada jenis operasi berisiko tertentu, dan bukan dalam setiap operasi dijalankan.

Mengenai drama siri itu pula, penggambaran ‘Skuad JPJ’ mendapat kerjasama Kalam Ariff Holdings, dan dibintangi pelakon seperti Saharul Ridzwan, Kodi Rasheed, Fify Azmy, Sefik Khair dan ramai lagi. 

Drama genre aksi itu bertujuan mendidik dan memberikan kesedaran kepada penonton mengenai tugasan harian anggota JPJ, termasuk cabaran dihadapi sepanjang bertugas di bawah agensi berkenaan. Ini diharapkan dapat memberi imej positif kepada JPJ selain menggalakkan orang ramai mematuhi peraturan jalan raya.

Apapun, masih terlalu awal untuk memberi pandangan kerana drama ini belum pun ditayangkan lagi. Sabar ye... 😅😚

BACA >>> KFC 7 Dapat Bidaan RM52k! JPJ Kedah Kumpul Hasil RM2.2 Juta
BACA >>> JPJ Mahu Kaji Semula Undang-Undang Berbasikal di Jalan Raya

SUMBER: Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Related

7.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: aksi, drama, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, JPJ, saharul ridzwan, skuad jpj

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev