• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MotoGP Perkenal Sistem Sensor Baharu untuk Kesan Pelumba Langgar Had Trek

MotoGP Perkenal Sistem Sensor Baharu untuk Kesan Pelumba Langgar Had Trek

April 13, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

143
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERMULA musim ini, sistem sensor had trek baharu akan digunakan dalam Kejuaraan Dunia MotoGP bagi mengesan sekiranya jentera pelumba didapati melepasi batas trek yang dibenarkan.

Sistem sensor had trek itu akan diletakkan di bahagian litar tertentu yang mana maklumat lebih tepat akan diperoleh, sekali gus memastikan medan saingan MotoGP lebih adil buat semua pelumba.

Pengarah Lumba MotoGP, Mike Webb

Pengarah Lumba MotoGP, Mike Webb berkata, regulasi had litar kekal sama, dan perubahan yang dilakukan hanya melibatkan kaedah kesalahan itu dikesan dengan memperkenalkan sistem sensor had trek baharu yang lebih baik.

Sebelum ini, kesalahan melanggar sempadan trek hanya dikesan menggunakan kamera yang memerlukan pengadil melihat sendiri rakaman tersebut sebelum membuat keputusan. Sebaliknya sistem sensor baharu akan terus memberikan signal jika berlaku perlanggaran.

Ketepatan maklumat diberikan juga bermakna tiada lagi kawasan samar (grey area) atau meragukan untuk kesalahan melanggar had trek. Berdasarkan peraturan sedia ada, dua tayar perlu berada dalam zon hijau dan ada perbezaan berdasarkan seberapa jauh tayar melepasi had trek.

Kini dengan penggunaan sistem sensor baharu itu, kesalahan tetap dianggap sebagai kesalahan tanpa mengira sama ada satu atau dua tayar sudah melepasi batas trek. 

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Pusingan Kelayakan MotoGP Berlangsung?
BACA >>> BMW M1000RR Jadi Safety Bike untuk MotoGP 2021

SUMBER: roadracingworld.com

Related

143
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Mike Webb, MotoGP, MotoGP 2021, Sensor Had Trek, track limit, Track Limit Sensor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev