• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Citroen C5 X (2022) Gabungkan Gaya Badan Sedan, SUV dan Wagon

Citroen C5 X (2022) Gabungkan Gaya Badan Sedan, SUV dan Wagon

April 13, 2021 By Shawkath Leave a Comment

146
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


CITROEN mendedahkan model baharu yang dikatakan kacukan sedan, kenderaan utiliti sukan (SUV) dan wagon dengan diberikan nama C5 X.

C5 X (2021) dilihat sebagai pesaing baharu kepada Mercedes E-Class, BMW 5 Series, dan Audi A6 yang menjadi model popular dalam segmen kenderaan sederhana global. Ketiga-tiga model pesaing itu hadir dalam dua pilihan gaya badan, sedan atau wagon.

Namun CX 5 (2021) pula menampilkan dua gaya badan dalam satu kereta. Berikut perinciannya:

  • Direka dengan garis bumbung pandai seperti sedan, manakala bahagian belakang panjang ala wagon. Tinggi posisi pemanduan C5 X disamakan dengan C5 Aircross (model SUV).
  • Ini ialah model perdana Citroen dan dianggap sebagai pengganti sedan C5 yang dihentikan pengeluaran pada 2017 dan sedan C6 sedan (tamat pengeluaran 2012).
  • Memiliki dimensi panjang 4,805mm, lebar 1,865mm dan tinggi 1,485mm, lebih kecil daripada model pesaing Jerman.
  • Ruang but memiliki kapasiti 545 liter dan boleh dipertingkat kepada 1,640 liter dengan merebahkan barisan kerusi belakang.
  • Rekabentuk luaran dikatakan meminjam gaya model konsep Cxperience yang ditayangkan pada Pameran Motor Antarabangsa Paris 2016.
  • Ruang kabin sarat dengan pelbagai ciri teknologi keluaran Citroen, termasuk unit infotainment skrin sentuh 12 inci dan paparan dongak (HUD) di depan pemandu dengan ciri  realiti terimbuh (augumented reality, AR).
  • Bahagian kluster instrumen jenis digital penuh, tetapi butang kawalan fizikal untuk tetapan iklim diasingkan.

  • Trenkuasa ditawarkan dalam beberapa pilihan enjin petrol. Tarikan utama ialah varian hibrid plug-in (PHEV) yang dipadukan enjin petrol 4-silinder sebaris pengecas turbo dan unit motor elektrik berkuasa 225hp dengan jarak perjalanan lebih 50km untuk pemanduan menggunakan kuasa elektrik penuh.
  • Jika enjin pembakaran dalaman dinyahaktifkan, varian PHEV ini boleh dipandu hingga kelajuan 135kmj.
  • Menggunakan sistem suspensi Citroen Advanced Comfort, manakala varian PHEV ditambah ciri suspensi aktif dengan kerusi lebih selesa.
  • C5 X (2021) akan mula dijual di Eropah pada penggal kedua tahun ini (Julai hingga Disember 2021).

BACA >>> Citroën AMI 100% ËLECTRIC - Kuadrisikal EV Comel dengan Skim Pemilikan Fleksibel
BACA >>> Citroen Rancang Hasilkan Kereta Bajet Rendah untuk Rakyat India

SUMBER: Motor1

Related

146
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: C5 X (2022), Citroen, Citroen C5 X, Citroen Flagship Model, Roda4, Sedan, Stellantis, SUV, Wagon

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my