RAGAM atau kegilaan orang Vietnam dengan motosikal memang pelik-pelik. Selain gilakan kapcai dan motosikal import dari luar negara, orang sana juga sukakan nombor plat dengan kombinasi angka tertentu (macam sama saja dengan orang Malaysia 🤔). Jika digabungkan motosikal dan nombor pendaftaran tersebut, jangan terkejut kalau harganya mampu mencecah puluhan ribu ringgit.
Misalnya Honda Dream (dipanggil EX-5 di Malaysia) buatan Thailand yang diimport masuk ke Vietnam ini. Bagi kalangan pengumpul koleksi motosikal negara jiran itu, Dream versi Thailand berada dalam senarai tertinggi paling diburu. Apatah lagi jika model tersebut sudah ditamatkan pengeluaran seperti Dream ini, sudah tidak dikeluarkan sejak 2013.
BACA >>> Bukan Ekzos Bising, Tapi Sebab Nombor Plat Fancy
HONDA DREAM THAILAND JADI BURUAN VIETNAM
Dream Thailand mendapat permintaan tertinggi dalam kalangan pembeli Vietnam kerana menawarkan enjin yang reliabel, lasak, dan sesuai untuk kegunaan banyak jenis penunggang.
Dream Thailand (2000) milik Pham Hung Cuong ini dibelinya pada harga lebih 100 juta dong (RM17,950) daripada pemilik asal yang tinggal di Phu Xuyen, Hanoi.
Dalam pasaran motosikal lama, harga Dream Thailand cuma 10 juta-20 juta dong (RM1,790-RM3,590), dan sesetengah model boleh mencecah harga 50 juta-60 juta dong (RM8,970-RM10,770). Apa yang spesial sangat kapcai Cuong ini yang harganya jauh lebih tinggi daripada Honda SH dan Piaggio Vespa baharu?
Sebabnya, Dream tersebut memiliki nombor pendaftaran 33-K3 8888 yang jarang dapat ditemui. Malah menurut Cuong, kapcai itu bukan lagi versi asal kerana tuan asal sudah pun mengubah suai penampilan model tersebut.
Spesifikasi asal Dream dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 97cc SOHC berkuasa 8hp dan tork 8.1Nm dengan transmisi automatik 4-kelajuan jenis rotari. Sama seperti model Dream lain. Tetapi bagi Cuong;
Dalam dunia pengumpul nombor plat, mencari motosikal dipanggil Dream Thailand (33-K3) dalam 8 angka boleh dikira dengan jari. Jika ada, ia akan jadi motosikal idaman."
Selain Dream 33-K3 8888 itu, Cuong turut memiliki sebuah lagi Dream Thailand dengan nombor pendaftaran 30-L1 999. Ya, nombor plat punya pasal, mahal pun mahal asalkan boleh tidur lena.
BACA >>> #TahukahAnda: Kompaun Minimum RM300 Jika Nombor Plat Tidak Ikut Spesifikasi!
Leave a Reply