• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #BikinKereta: VinFast LUX SA2.0 Gaya Lamborghini Urus, Rim Saja RM17k!

#BikinKereta: VinFast LUX SA2.0 Gaya Lamborghini Urus, Rim Saja RM17k!

April 12, 2021 By Han Othman Leave a Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VINFAST ialah jenama automotif tempatan dari Vietnam yang mengeluarkan model kereta dan motosikal mewah dengan mendapat khidmat firma rekabentuk antarabangsa terkenal di Itali seperti Pininfarina.

Ini ialah model kenderaan utiliti sukan (SUV) VinFast LUX SA2.0 milik seorang pemilik dari Binh Phuoc di Vietnam yang memutuskan melakukan modifikasi ke atas SUV itu supaya tampil lebih mengancam.

BACA >>> VinFast Theon - Lagi Skuter Elektrik Dilancarkan di Vietnam

Rupa depan asal LUX SA2.0
Selepas dimodifikasi

Jika dilihat dari depan, memang sukar mengecam model itu ialah LUX SA2.0. Bahagian gril depan diubah suai sepenuhnya menjadi lebih besar. Nombor plat yang berada di tengah antara gril uta,a dan gril bawah diposisikan di bawah.

Apa yang tinggal adalah unit lampu utama, logo depan dan lampu posisi jenis Bi-LED X Light V30 dengan cahaya merah. Rekaan paten gril juga diubah kepada corak sarang lebah (honeycomb). Di bawah lampu itu ialah kemasan plastik dengan corak sama seperti gril. Perincian diberikan nampak mirip Audi Q8. Turut ditambah skirt depan hitam.

Perincian lain membuatkan gaya LUX SA2.0 ini nampak seperti Lamborghini Urus yang kebetulan memiliki saiz badan lebar seperti SUV dari Jerman itu, terutama rekaan rim sport yang dikatakan bernilai 100 juta dong (RM17,940).

Cermin sisi ditutup kemasan karbon, manakala gerbang roda ditambah untuk mendapatkan visual maskular dan dirapikan dengan ventilator udara palsu pada bahagian fender depan.

Lampu belakang kekal asli, manakala bampar belakang diubah suai untuk gaya ekstrem dengan difuser besar. Sistem ekzos dinaik taraf menggunakan unit Meisterschaft untuk mendapatkan kesan bunyi lebih bertenaga.

Bahagian dalaman tidak banyak berubah, masih sama seperti model standard. Stereng diberikan kemasan karbon, termasuk konsol pintu untuk penampilan sporty.

Aspek prestasi, SUV ini dipasangkan bar imbang Ultra Racing untuk ekstra kestabilan. Spesifikasi enjin kekal sama, 2.0L DOHC dengan suntikan bahan api terus (direct injection) yang mampu meledakkan kuasa hingga 228hp dan tork 350Nm, manakala transmisi jenis automatik ZF 8-kelajuan yang dipacu dalam sistem pacuan semua roda (AWD).

Namun, tuan punya LUX SA2.0 ini melakukan sedikit talaan pada aspek pemetaan enjin yang membolehkan SUV ini meledakkan kuasa setinggi 260hp. Berapakah jumlah dilabirkan untuk model ini tidak didedahkan.

BACA >>> VinFast Klara S Kini Lebih Murah dengan Pakej Sewa Bateri
BACA >>> Pininfarina Battista - Kereta Hiper Sentuhan Firma Rekabentuk Terkenal Itali, Harga RM9.4j

Selepas dimodifikasi

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Bikin Auto, Bikin Kereta, Lamborghini Urus, Modifikasi, Roda4, Vietnam, VinFast, VinFast LUX SA2.0

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my