BOUSTEAD Petroleum Marketing Sdn. Bhd. (BHPetrol) bekerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) untuk program Tabung Pahlawan ATM di semua stesen minyak BHPetrol.
Idea penyediaan Tabung Pahlawan ATM di stesen-stesen minyak BHPetrol dicetuskan Kementerian Pertahanan Malaysia sebagai platform bagi orang ramai menghulurkan bantuan kepada kumpulan bekas tentera.
Setakat ini, tabung sudah ditempatkan di kira-kira 204 stesen minyak seluruh negara sejak pertengahan Februari tahun ini. Sumbangan orang ramai akan diserahkan kepada tabung bantuan amal veteran ATM di bawah JHEV.
Majlis pelancaran rasmi Tabung Pahlawan ATM diadakan di stesen minyak BHPetrol Taman LTAT di Bukit Jalil, Kuala Lumpur selepas taklimat keselamatan diberikan kepada semua tetamu hari ini.
Acara disempurnakan Ketua Pengarah JHEV, Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad. Hadir bersama ialah Pengerusi BHPetrol, Leftenan Jeneral Datuk Pahlawan (B) Khairuddin Mat Yusof dan Ketua Eksekutif BHPetrol, Leslie Ng.
Datuk Dzulkarnain dalam ucapan pelancaran menyatakan dalam tempoh satu setengah bulan sejak tabung dilancarkan, jumlah kutipan sudah mencecah RM23,000. Hari Pahlawan pula disambut pada 31 Julai setiap tahun.
Beliau menjelaskan sumbangan daripada orang ramai akan digunakan 100 peratus kepada dan termasuk sumbangan kepada golongan veteran, waris keluarga dan tanggungan mereka untuk meringan tanggungan kehidupan seharian termasuk aspek pelajaran.
"Keutamaan sumbangan ialah kepada golongan asnaf, balu-balu veteran, anak-anak orang kelainan upaya (OKU), untuk persekolahan dan pengajian di universiti. Buat masa ini, kami ada 307,000 veteran yang berdaftar dan boleh dihubungi," kata Datuk Dzulkarnain.
Beliau menyatakan Tabung Pahlawan berada di bawah JHEV bermula tahun 2019 selari dengan arahan Kerajaan. Langkah itu dilihat agar ia lebih telus dan diaudit untuk menambah keyakinan masyarakat umum.
Kempen Tabung Pahlawan ATM berlangung selama satu tahun iaitu sehingga 31 Disember 2021 di stesen BHPetrol. Bagaimanapun, Leslie semasa ditemui menyatakan pihaknya bersedia melanjutkan tempoh kempen dan akan menambah jumlah tabung di premis lain mengikut keadaan semasa.
Sejak ditubuhkan 14 Februari 2006, ada lebih 400 premis stesen minyak BHPetrol di seluruh negara termasuk lebih 300 kedai serbaneka BHPetrolmart menawarkan pelbagai pilihan barangan runcit.
BACA >>> Isi Minyak BHPetrol Minimum RM30 dan Menang Hadiah Tunai, iPhone 12!
BACA >>> Kalashnikov Bikin Motosikal EV untuk Tentera, Polis Rusia
Leave a Reply