ESOK adalah masa yang dinanti-nanti rakyat Malaysia, di mana Proton Saga generasi ke-3 bakal dilancarkan secara rasmi. Walaupun masih belum berada di atas jalan raya, kita sudah 'dihidangkan' beberapa foto bocor Proton Saga baharu di laman sosial.
Bagi menghangatkan lagi suasana pelancaran, rakan kami Ajerul Antoine menghasilkan rekaan belakang Proton Saga baharu yang lebih memberahikan. Bagaimanapun, rekaan ini hanya sekadar suka-suka. Sebelum ini Proton ada menyiarkan video teaser Proton Saga baharu, manakala tempahan juga sudah dibuka dan dijual pada harga RM37,000 hingga RM47,000.
Kami bersama rakan media permotoran lain turut memandu uji model ini dalam litar ujian khas di Pusat Kecemerlangan Proton (COE), Shah Alam. Apa yang kami boleh simpulkan, terdapat banyak perubahan menarik dan mengujakan ditampilkan Proton Saga baharu yang pastinya membanggakan peminat automotif tempatan.
HARGA
Proton Saga baharu bakal menampilkan empat varian iaitu;
- Proton Saga 1.3 Standard Manual – RM37,800
- Proton Saga 1.3 Standard CVT – RM40,800
- Proton Saga 1.3 Executive CVT – RM43,800
- Proton Saga 1.3 Premium CVT – RM46,800
BACA>>> Teaser Proton Saga Baharu Dengan Bodykit R3 Oleh Ajerul Antoine
ENJIN DIPERTINGKAT
Semua varian dipadankan enjin bersesaran 1.3L, yakni ‘jantung’ sama diguna pakai model Iriz tetapi menerima beberapa sentuhan. Tiada lagi enjin 1.6L diperkenalkan pada varian Proton Saga baharu.
Paling penting, tahap kesenyapan dalam kabin atau NVH meningkat pada paras terbaik. Ini kerana Proton sudah melakukan beberapa penambahbaikan seperti 3-poin mounting untuk menjadikan enjin lebih senyap. Untuk mengetahui pandangan kami mengenai Proton Saga baharu, anda boleh baca ulasan pandu uji kami di SINI.
Nantikan laporan penuh kami esok sebaik saja ia dilancarkan secara rasmi. Tunggu...
Anuar says
Xsyok Langsung
Anuar says
Maaf kn saya silap tulis...
Azhar says
Anuar drive kereta apa sekarang ya?
khairul says
awak pakai keta apa skang? ada experience x dgn model enjin campro yg lama mcm saga blm iafm?
Alongrena says
Sya ada proton iafm...n ada sebiji keta japan made...
Bg sya sma je...klu ikutkan handling lebih baik proton with lotus handling....sbb dgn rin 17inci n adjustable absorber masih ringan dan selesa....enjin x prnah meragam da guna 7 tahun...xtau la bg org lain...tapi sya ada japan made car n proton made car....bg sya sama sja...if u say japanese car good...proton car also good....
Kamel says
Agree with you.
Sayyidina Hassan says
Good!
sadir says
Sokong lah product kita.
Proton BOLEH
khairul says
8tahun yg lalu...sokongan telah ku berikan beserta rm37,800.00(saga blm)kini....mcm2 bunyi kuar dr henjin campro iafm tu..dh jual pun..
khairul says
ye dh sokong he3 dulu kini dan selamanya.. aku cuma mampu simpan logo proton je kat rmh.keta dh jual pun..saga blm 08 meragam bagai2.
Rendy says
harap harga pun cun untuk golongan bawahan macam saya. hehe
Pijat Nik says
Nk pick-up!
Nk pick-up!
Bile nk keluar...!
matt94 says
Macam best jak nak try lar hihihi
Ahmad says
Tahniah Proton berjaya keluarkan Proton Saga 3rd Generation....
Hidup Malaysia...
jinali says
Npak lbih compic n alagen.terbaik proton saga 2016.nak ada sebiji kt umah tapi x mampuh arr.sedinya..
mfm says
Proton pikap mampu milik Yg boleh di milik semua terutama golongan petani dan usahawan baru diluar bandar..pick_up double cab dan single cab... tq
Echah says
Buat hatiku tertawan...
Ajinomoto says
Ciri2 sperti enjin, interior prestasi, asesori seperti tempat letak air semua dah ok cuma bentuk belakang kereta ini tidak menampakkan kesungguhan rekaan. Depan dah ok utk kategori sekelasnya.
khairul says
enjin apa ye?
Safwan says
1.3L pn dh power.. x berani lagi letak 1.5L 1.6L abes di lenjan atas hiway
eizzah says
Memang cantik dan nmpk lebih sporty saga trbaru ni...buat hati sya pn trtawan...sekali pndang mcm kia forte sx yg sya idam2kan...harga pn nmpk lebih murah drpd kia forte wlaupn kia forte 1.6..hrp2 ada ler rezeki sya utk milikinya kelak...
Apex says
Wow stance forever.....