• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: RS150R (2021) V2 Sedang Diuji di Pulau Pinang?

#Spyshot: RS150R (2021) V2 Sedang Diuji di Pulau Pinang?

April 9, 2021 By Shawkath Leave a Comment

3.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBELUM ini, tular foto intip bahagian belakang sebuah kapcai berhenti di lampu isyarat, dipercayai RS150R generasi kedua (dipanggil Winner X di Vietnam) yang khabarnya akan dilancarkan ke pasaran Malaysia selewat-lewatnya Julai ini.

Kini, muncul foto intip kedua yang menunjukkan bahagian depan kapcai itu dengan nombor plat dagang. Hampir keseluruhan tubuh model tersebut dibalut untuk menyorok identiti sebenar.

BACA >>> Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Kini di Vietnam, Harga RM8.2k, Tapi Tiada ABS

Ada laporan mendakwa Boon Siew Honda (BSH) kini sibuk menguji pencabar Yamaha Y16ZR itu sekitar Batu Kawan, Pulau Pinang dan kebetulan kilang BSH juga terletak di situ. Adakah ia bakal menjadi produk pemasangan tempatan (CKD)?

Muncul juga teori mendakwa model sedia ada, RS150R V1 akan ditamatkan pengeluaran untuk memberi laluan kepada RS150R V2. Ada pula mengatakan kedua-dua model berkenaan akan dijual di Malaysia seperti mana Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) masih menjual Y15ZR bersama model baharu Y16ZR.

Jika benar RS150R V2 dilancarkan, maknanya keputusan survei diperoleh BSH berjaya meyakinkan wakil pengedar tersebut untuk memperkenalkan kapcai idaman ramai itu. Adakah nama sedia ada dikekalkan atau ada nama baharu?

Jangan lupa, selain RS150R V2, Benelli juga mahu memperkenalkan supermoped baharu dengan enjin  berkapasiti lebih besar dan berkuasa. Persaingan pasti jadi lebih sengit untuk melihat model mana akan muncul sebagai Raja Jalanan Malaysia!

BACA >>> MForce Bike Kongsi Video Acah Kelajuan Supermoped Benelli, Cecah 150kmj!
BACA >>> Yamaha Y16ZR VVA (2021) Lancar di Malaysia, Harga RM10,888!
BACA >>> SYM VF3i Pro (2020) Lancar Warna Baharu, Tangki Minyak 7 Liter, Harga RM9.3k!
BACA >>> Menjelang Yamaha Exciter 155 VVA di Pusat Jualan, Honda Winner X Turun Harga!

Related

3.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 2019 Honda RS150R V2, Boon Siew Honda, Honda Winner X 2021 Malaysia, Kapcai, Supermoped, Supermoped Honda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev