• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MForce Bike Kongsi Video Acah Kelajuan Supermoped Benelli, Cecah 150kmj!

MForce Bike Kongsi Video Acah Kelajuan Supermoped Benelli, Cecah 150kmj!

April 9, 2021 By Shawkath 1 Comment

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MFORCE Bike Holdings Sdn Bhd semakin agresif mempromosikan model motosikal baharu jenama itu, dipercayai supermoped dengan nama R18i.

Terbaharu, wakil pengedar motosikal Benelli di Malaysia itu memuat naik beberapa klip video acah di laman sosial yang memaparkan sesi tunggang uji dilakukan, termasuk mendedahkan spidometer model kelajuan maksimum model berkenaan.

Bermula video lori tertutup di tepi litar, bunyi enjin dan deruman ekzos, kelihatan aksi merapatkan peg kaki ketika melayan selekoh, dan aksi satu lawan satu.

BACA >>> Kapcai Paling Berkuasa di Planet Bumi Muncul 11 April Ini? Benelli R18i?

Salah satu video yang menarik perhatian adalah video hari keempat (lihat atas) yang memaparkan kelajuan maksimum hingga 150kmj menerusi paparan spidometer digital penuh dengan latar biru. Turut ditunjukkan ialah angka voltan bateri yang juga berubah ketika memecut, termasuk anjakan gear dan takometer mencecah rev 10,000rpm.

BACA >>> Perbandingan: Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020), Model Mana Paling Berkuasa Sebenarnya?

Benelli R18i1
Benelli R18i3
Benelli R18i5
Benelli R18i2
Benelli R18i4
Benelli R18i6

Laporan terdahulu mendedahkan R18i akan dijana enjin berkapasiti 180cc yang mungkin dipinjamkan daripada streetbike Benelli 180S. Pelancaran supermoped baharu itu dijadualkan berlangsung jam 8 malam, Ahad ini (11 April 2021).

Apa yang pasti, ketibaan R18i pasti menjadikan segmen supermoped tempatan lebih meriah. Malah, timbul desas-desus mendakwa Honda Winner X juga sudah berada di Malaysia dan dalam fasa ujian enduran. Jika benar, Yamaha Y16ZR akan berjumpa dua seteru baharu.

Jom kita layan koleksi video supermoped Benelli di bawah ini:

SUMBER: MForceBike

Related

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Benelli R18i, Benelli R18i (2021), Kapcai 180cc, Supermoped Benelli, teaser, Teaser Supermoped Benelli, Video Acah, videotomotif

Comments

  1. Simin says

    April 9, 2021 at 10:56 PM

    Brp hrg R18!..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev