• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Yamaha XSR300 (2022) Dikesan Diuji di India, Guna Platform XSR155, Gaya XSR700

#Spyshot: Yamaha XSR300 (2022) Dikesan Diuji di India, Guna Platform XSR155, Gaya XSR700

April 8, 2021 By Aryon Leave a Comment

276
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BOCOR foto intip roadster retro Yamaha XSR300 sedang ditunggang uji di India, yang akan menyertai adik, XSR155 yang dibina berasaskan enjin sama seperti sportbike aras mula YZF-R15, dan dipadukan teknologi injap variabel VVA.

Apa dapat dilihat menerusi foto bocor itu, rekaan tangki minyak XSR300 itu nampak mirip seakan XSR700 dengan saiz bersegi dan lebih besar berbanding XSR155.

YAMAHA XSR700 (2021)
YAMAHA XSR155 (2020)

Setahun lalu, Yamaha pernah mendedahkan segmen 321cc yang dikatakan akan menjadi enjin untuk model XSR300 dan Tracer 300 (untuk siri Adventure) serba baharu.  Menurut pengeluar motorsikal Jepun itu, XSR300 dijangka diperkenalkan penghujung tahun ini atau awal 2022 yang akan bersaing dengan Honda CB300R, manakala Tracer 300 bakal berentap dengan Kawasaki Versys 300.

Mengenai XSR300, model ini mungkin dibina berasaskan platform XSR155, tetapi meminjam gaya abangnya XSR700.

Tambahan lain, Yamaha juga baru saja melancarkan MT-03 versi pasaran Eropah. Jadi, trenkuasa XSR300 serba baharu nanti kemungkinan besar sama seperti MT-03, tetapi tork ditala lebih lembut. Spesifikasi pula dijana enjin 4-lejang dwi-silinder 321cc DOHC berkuasa 40hp @ 10,750rpm dan tork 29.6Nm @ 9,000rpm.

Rekabentuk XSR300 itu nanti akan mewarisi perincian abang besar XSR700, termasuk meminjam sistem suspensi fork terbalik (USD) 32mm. Model itu juga dikatakan akan dibangunkan dan dihasilkan di fasiliti Kawasaki di Indonesia.

BACA >>> Filipina Negara Ketiga Asean Lancar Yamaha XSR 155, Harga RM13k
BACA >>> Spesifikasi Honda CB350RS (2021): Lancar di India, Harga RM10.8k

Related

276
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Foto Intip, roadster, Spyshot, Yamaha, Yamaha MT-03, Yamaha Tracer 300, Yamaha XSR155, Yamaha XSR300, Yamaha XSR700

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev