• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hyundai Kona Electric (2021) Facelift Lancar di Australia, Harga Mula RM195k

Hyundai Kona Electric (2021) Facelift Lancar di Australia, Harga Mula RM195k

April 8, 2021 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


HYUNDAI Kona Electric (2021) versi dipertingkat (facelift) dilancarkan di Australia beberapa bulan lalu selepas debut global, dan diperkenalkan dalam dua varian, iaitu Elite (standard)dan Highlander (premium).

Kedua-dua varian menggunakan trenkuasa sama yang masing-masing dijual pada harga AU$62,000 (RM195,620) untuk Elite dan AU$66,000 (RM208,240), Highlander.

BACA >>> Hyundai Kona (2021) Facelift Lancar 16 April Ini! Harga Masih Misteri

Berikut spesifikasi Kona Electric (2021) facelift:

  • Menggunakan komponen mekanikal sama, iaitu motor elektrik tunggal yang dikuasakan pek bateri 64kWh untuk menghasilkan kuasa 201hp dan tork 395Nm serta boleh dipandu sejauh 484km menggunakan kitaran Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP).
  • Ada dua pilihan opsyen disediakan, iaitu Elite dan Highlander dengan tambahan AU$595 (RM1,877) untuk cat premium dan AU$295 (RM930) untuk kemasan kabin hitam/kelabu.
  • Elite dan Highlander ada pakej keselamatan sama, iaitu Bantuan Kekal Lorong (LKA), Bantuan Susur Lorong (LFA), Bantuan Cegah Pelanggan Titik Buta (Blind-Spot Collision-Avoidance Assist), Bantuan Cegah Perlanggaran Trafik Lintas Belakang (RCT-CAA), Amaran Keluar Selamat (Safe Exit Warning) dan Amaran Penumpang Belakang (ROA).
  • Kabin Kona Electric versi Australia dilengkapi sistem audio premium Harman Kardon, kluster instrumen digital 10.25 inci, pengecas wayarles, monitor pandang belakang dan penghidup enjin kawalan jauh.

BACA >>> Inilah Cerita Sebenar Proton X50 Tak Sempat Hantar Sudah 'Total Lost'

  • Highlander ada ciri tambahan bumbung suria kaca, pemanas stereng, pemanas kerusi depan dan belakang serta fungsi pengudaraan untuk kerusi bahagian depan, pencahayaan ambien, kerusi pemandu dan penumpang boleh laras elektrik, cermin pandang belakang elektrokromatik, paparan dongak (HUD), lampu belakang LED, Bantuan Lampu Suluh Tinggi (HBA) dan sistem bantuan parkir depan.
  • Pembeli Highlander diberikan opsyen percuma bumbung Phantom Black (hitam).
Hyundai-Kona-Electric-4
Hyundai-Kona-Electric-5
Hyundai-Kona-Electric-3-1
Hyundai-Kona-Electric-7
Hyundai-Kona-Electric-1
Hyundai-Kona-Electric-2
Hyundai-Kona-Electric-8
Hyundai-Kona-Electric-9
Hyundai-Kona-Electric-11
Hyundai-Kona-Electric-13
Hyundai-Kona-Electric-32
Hyundai-Kona-Electric-18
Hyundai-Kona-Electric-20
Hyundai-Kona-Electric-17
Hyundai-Kona-Electric-16
Hyundai-Kona-Electric-15
Hyundai-Kona-Electric-14
Hyundai-Kona-Electric-22
hyundai-kona-electric-2021-australia-29
hyundai-kona-electric-2021-australia-28
Hyundai-Kona-Electric-25
hyundai-kona-electric-2021-australia-27
Hyundai-Kona-Electric-19
Hyundai-Kona-Electric-29
Hyundai-Kona-Electric-31
hyundai-kona-electric-2021-australia-26

SUMBER: CarScoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Hyundai Australia, Hyundai Kona, Hyundai Kona Electric 2021, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Kona Electric Facelift 2021, Roda4, SUV, SUV Electric

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev