• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mitsubishi Triton Athlete (2021) Lancar! Ganti Adventure X, Harga RM141k

Mitsubishi Triton Athlete (2021) Lancar! Ganti Adventure X, Harga RM141k

April 7, 2021 By Shawkath Leave a Comment

771
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM)
 memperkenalkan model baharu Mitsubishi Triton Athlete (2021), iaitu varian paling premium dalam siri trak pikap popular, Triton 4x4 pada harga serendah RM141,500.

Triton Athlete (2021) akan menggantikan Triton Adventure X (foto bawah kanan) dan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Sun Flare Orange Pearl (jingga), White Diamond (putih) dan Jet Black Mica (hitam).

BACA >>> #PanduUji: 7 Sebab Kenapa Mitsubishi Triton Antara Trak Pikap Terbaik di Pasaran!

Triton Athlete
Triton Adventure X

Berikut spesifikasi Triton Athlete (2021):

  • Dijana trenkuasa diesel 2.4L MIVEC Turbo dengan teknologi pemasaan injap variabel (VVT) berkuasa 178hp dan tork 430Nm.
  • Varian kali ini nampak lebih agresif dan 'jahat' menerusi penggunaan warna hitam pada gril, hendal pintu, bampar, rim 18 inci, perumah cermin sisi, dan difuser depan. Adventure X sebelum ini menggunakan kontras warna perak.

  • Bahagian sisi diberikan dekal grafik gelekan tayar tertulis 'Triton Athlete' dan turut dipasangkan visor cermin aero.
  • Ruang kabin menggunakan kemasan sulaman benang jingga pada stereng dan tombol gear dibalut kulit. Plat dalam kenderaan ada latar pencahayaan. Tambahan lain ialah ventilator penyaman udara dengan fungsi sirkulasi untuk penumpang belakang.
  • Trak pikap ini mampu melakukan radius pusingan 5.9 meter yang memudahkan pemandu memarkir kenderaan atau melakukan belokan di tempat sempit.

CIRI DAN KESELAMATAN

  • Pakej keselamatan standard dibekalkan pada Triton Athlete ialah Mitigasi Pelanggaran Depan (FCM), Amaran Titik Buta (BSW) dengan Bantuan Tukar Lorong (LCA), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Sistem Mitigasi Salah Pecutan Ultrasonik (UMS), Lampu Suluh Tinggi Auto (AHB) dan tujuh beg udara SRS.
  • Varian ini turut dilengkapi Monitor Pandang Keliling (ARM), Perakam Video Digital (DVR) dan unit infotainment skrin sentuh 7 inci dengan konektiviti Apple Carplay dan Android Auto.
  • Bagi pemanduan optimum, Triton Athlete menawarkan sistem pacuan Super Select 4WD II dengan mod off-road dan Kawalan Turun Bukit (HDC).

HARGA DAN VARIAN

Harga Triton Athlete (2021) untuk pasaran Semenanjung Malaysia, ialah RM141,500, Pulau Langkawi (RM132,827), Sabah (RM143,500), Sarawak (RM143,550) dan Labuan (RM135,278).

Selain Athlete, harga siri lain Triton untuk pasaran Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut:

  • Triton AT Premium - RM121,000
  • Triton MT Premium - RM113,300
  • Triton AT - RM105,990
  • Triton MT - RM100,200
  • Triton Quest - RM79,890

Harga adalah atas jalan dan tidak termasuk insurans untuk pendaftaran persendirian. Setiap pembelian dipakejkan bersama waranti lima tahun atau jarak perbatuan 200,000km (mana satu tiba dulu).

TRIVIA

  • Triton ialah trak pilihan ramai pembeli dengan mencatatkan jualan 7,598 unit bagi tahun kewangan MMM 2020 (April 2020- Mac 2021), meningkat 32 peratus berbanding tempoh sebelumnya.
  • MMM memiliki 51 bilik pameran dengan 45 cawangan berstatus Pusat 3S dan 51 Pusat Servis seluruh Malaysia. Di Sabah dan Sarawak, MMM ada 14 bilik pameran, masing-masing 7 premis setiap negeri.
  • Triton 4x4 ialah model import penuh (CBU) dari Thailand.

Related

771
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: MITSUBISHI Motor Malaysia (MMM), Mitsubishi Triton, Mitsubishi Triton Athlete 2021, Roda4, Trak pikap, trak pikap mitsubishi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev