• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / KTM 1290 Super Duke RR (2021) Diperkenal, Cuma 500 Unit Sahaja Seluruh Dunia

KTM 1290 Super Duke RR (2021) Diperkenal, Cuma 500 Unit Sahaja Seluruh Dunia

April 7, 2021 By Aryon Leave a Comment

82
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KTM memperkenalkan edisi terhad untuk supernaked paling berkuasa jenama itu, 1290 Super Duke RR (2021) yang kini lebih fokus, ringan, dan agresif, serta dikeluarkan 500 unit sahaja seluruh dunia.

Bagi pembeli Eropah, pratempahan sudah dibuka, tetapi cuma boleh dibuat secara atas talian sahaja sebelum pelancaran rasmi esok (8 April). Bagaimanapun, KTM tidak mendedahkan berapa unit dikhaskan untuk setiap rantau dan negara.

Pengenalan model ini bukan lagi sesuatu mengejutkan kerana beberapa siri dokumen paten sudahpun bocor, dan apa tidak diketahui cuma spesifikasi sebenar yang dikemas kini.

BACA >>> KTM Sedang Bangunkan 1290 Super Duke R Paling Berkuasa
BACA >>> #BikinMotor: Pecutan KTM 1290 Super Duke R  Kustom Ini Sepantas 2 Saat!

Apa yang menarik tentang 1290 Super Duke RR (2021)?

  • KTM mendakwa model ini ialah produk pembangunan pasukan jurutera kajian dan penyelidikan (R&D) dalam menghasilkan jentera yang lebih fokus kepada 'prestasi tulen'.
  • Memiliki berat 9kg lebih ringan daripada Super Duke R, dengan berat keseluruhan 180kg, manakala enjin meledakkan kuasa setinggi 180hp dan tork 140Nm.
  • Berat badan ringan dicapai menggunakan penggunakan komponen gentian karbon seperti bahagian ekor 'kala jengking'. Bahagian rim juga 1.5kg lebih ringan berbanding model terdahulu yang dibalut set tayar Michelin Power Cup2 untuk mendapatkan ekstra cengkaman.
  • Casis turut dikemas kini dengan dilengkapkan fork WP Apex Pro 7548 Close Cartridge, damper stereng boleh laras WP Apex Pro 7117 dan monoshock Apex Pro 7746.
  • Begitu juga ciri elektronik, juga dikemas kini menerusi pengenalan mod tunggangan Track dan Performance yang membolehkan penunggang membuat pilihan tetapan sendiri hampir tanpa had untuk ciri seperti gelincir roda belakang, respons terotel, Kawalan Luncur dan Regulasi Gelincir Motor (MSR).

Maklumat lanjut atau mahu buat tempahan boleh layari www.ktm.com

SUMBER: VisorDown

Related

82
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Hyper Naked, KTM, KTM 1290 Super Duke RR (2021), roda2, Supernaked

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev