• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / YouTuber Buat Lumba Drag dalam Pusat Beli-Belah, GT-R Kalahkan Veyron

YouTuber Buat Lumba Drag dalam Pusat Beli-Belah, GT-R Kalahkan Veyron

April 6, 2021 By Shawkath Leave a Comment

333
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN GT-R berjaya menewaskan ‘Raja Pecut’ Itali, Bugatti Veyron dalam satu perlumbaan drag yang berlangsung dalam sebuah pusat beli-belah di negeri Utah, Amerika Syarikat (AS).

Pusat beli-belah itu disewa YouTuber, TheStradma atau nama sebenarnya James Lucas Condon (bawah, baju kelabu) untuk acara lumba drag. Kos sewa dan penggambaran tidak didedahkan setakat ini.

Nissan GT-R berwarna hitam itu memiliki daya pecut lebih konsisten berbanding Veyron pada jarak lurus kira-kira 100 meter. Veyron pula didapati gagal menampilkan prestasi terbaik kerana jarak terlalu pendek, termasuk mengalami minyak bocor.

Ramai peminat TheStradman menyuarakan rasa bimbang mengenai risiko dua supercar itu mungkin hilang kawalan ketika berlumba dan merempuh dereta kedai dalam pusat beli-belah berkenaan. Bagaimanapun, perlumbaan itu berakhir dengan selamat tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Mengenai spesifikasi, Veyron dilengkapi trenkuasa W16 8.0L berkuasa 1,000hp dan tork 1,200Nm serta dipadankan transmisi automatik 7-kelajuan. Hypercar ini mampu memecut 0-100kmj sepantas 2.5 saat, manakala kelajuan maksimum 407kmj.

GT-R pula dipacu enjin 3.8L V8 Twin-Turbo berkuasa 565hp dan tork 633Nm, iaitu output kira-kira separuh daripada Veyron.

SUMBER: Zingnews

Related

333
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Bugatti Veyron, Bugatti Veyron vs Nissan GT-R, James Lucas Condon, lumba drag, Nissan GT-R Godzilla, Nissan Sport, Roda4, TheStradma

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru
    Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev