• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Saga (2021) Tular di Pakistan, Netizen Asing Puji Kehebatan Kereta Malaysia

Proton Saga (2021) Tular di Pakistan, Netizen Asing Puji Kehebatan Kereta Malaysia

April 5, 2021 By Shawkath Leave a Comment

7.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RAKYAT Pakistan membanjiri laman Facebook Proton Pakistan dengan memberikan banyak komen positif susulan pengenalan lima varian Saga yang dilancarkan secara digital pada 4 April (semalam) lalu.

Selepas membaca komen netizen sana, boleh tahan ramai juga rakyat Pakistan memuji model Saga (2021), termasuk beberapa individu berkongsi pengalaman mereka memandu sedan segmen-A itu di Malaysia. Berikut beberapa komen menarik yang kami tangkap layar daripada laman web Proton Pakistan.

Salah seorang netizen, Omer Mughal mendakwa pernah memandu Proton Saga ketika berada di Malaysia sambil mengakui sedan itu amat berkuasa dan jimat petrol. Begitu juga Umar Adnan yang melabelkan Saga sebagai kereta terbaik dalan kategori 1,300cc.

Selain itu, netizen juga berpusu-pusu bertanya mengenai tarikh tempahan, peluang memandu uji, dan harga model edisi terhad Saga R3. Paling menarik ialah soalan bonus, bila pula Proton Pakistan hendak bawa masuk Iriz?

BACA >>> Proton Saga (2021) Kini di Pakistan! Siap Versi R3, Cuma Jual 100 Unit Sahaja
BACA >>> Pakistan Lancar Proton X70! Harga Bermula RM123k (CBU), RM118k (CKD)

Reaksi rata-rata netizen nampaknya menyambut baik ketibaan barisan siri Saga itu. Menariknya, video promosi Proton Pakistan mengangkat Saga sebagai Ikon Malaysia!

Malah ada juga percaya Saga bakal menjadi kereta nombor satu di Pakistan. Jauh berbeza dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang cuma melihat kehebatan Saga sebagai teksi bajet. 🤨😌

Related

7.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Proton Pakistan, Proton Saga Pakistan R3, Proton Saga Teksi R3

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my