• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Apa yang Hebat Sangat Pasal Litar Nürburgring?

#TahukahAnda: Apa yang Hebat Sangat Pasal Litar Nürburgring?

April 5, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

369
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APABILA berbicara mengenai litar terbaik dunia, pasti litar Nürburgring di Jerman menjadi sebutan dalam kalangan peminat automotif. Nürburgring bukan saja terkenal dengan trek serba mencabar dan sukar, tetapi juga kaya dengan sejarah yang menyaksikan pelbagai momen ikonik sukan permotoran berlaku di litar berkenaan.

Tahap kesukaran dan prestij dimiliki Nürburgring membuatkan banyak pengeluar automotif akan melakukan sesi pandu uji di sini, terutama bagi produk prestasi tinggi. Litar itu sudah menjadi satu sijil pengesahan kepada kelajuan dan ketahanan bagi sesebuah produk automotif. Maksudnya, jika mahu mengaku produk kereta anda hebat, uji dulu di Nürburgring!

BACA >>> MB Kedah Nak Bina Litar Prestasi Tinggi untuk Pemilik Supercar Langkawi

Terletak di Nurburg, barat Jerman Jerman, berikut sejarah dan fakta menarik mengenai Nürburgring.

  • Dibina untuk mengurangkan kadar pengangguran di daerah Eifel, barat laut Jerman. Seramai 25,000 pekerja diupah untuk membina litar ini bermula 1925 hingga 1927 dengan menelan belanja 14.1 juta reichsmarks (RM165,740 juta, nilai sekarang).
Litar asal Nürburgring pada 1927
  • Asalnya, litar Nürburgring menampilkan empat konfigurasi:
    • Gesamtstrecke (litar penuh) - 28.265km
    • Nordschleife (Pusingan Utara) - 22.810km
    • Südschleife (Pusingan Selatan) - 7.747km
    • Zielschleife (Pusingan Penamat) - 2.281km, pusingan warm-up, juga dikenali sebagai Betonschleife
Pelumba legenda Britain, Jackie Stewart
  • Litar Nordschleife sangat menggerunkan kerana mempunyai 154 selekoh maut hingga digelar pelumba legenda Britain, Jackie Stewart sebagai 'Neraka Hijau' (The Green Hell) selepas beliau memenangi perlumbaan pada 1968 dalam suasana hujan lebat dan kabus tebal.
  • Niki Lauda ialah satu-satunya pelumba yang berjaya melengkapkan litar Nordschleife di bawah 7 minit dengan catatan masa 6:58 pada 1975.
Kemalangan ngeri Niki Lauda di Nürburgring
  • Nordschleife digugurkan daripada kalendar Formula Satu (F1) selepas kemalangan ngeri menimpa Niki Lauda di GP German 1976. Pelumba-pelumba lain turut memboikot litar tersebut yang memaksi pihak berkuasa membangunkan versi trek lebih selamat.
Litar Nürburgring versi F1.
  • Trek versi baharu yang lebih moden siap pada 1984 dan dikenali sebagai GP Strecke. Ia kemudian diubah suai pada 2002 di sektor pertama untuk memberikan lebih ruang memotong di selekoh pertama (Turn 1). Nürburgring kembali semula dalam saingan F1 tahun lalu selepas kali terakhir digunakan pada 2013.

  • Sejak awal penubuhan, Nürburgring memang sedia dibuka kepada umum dan hanya ditutup jika ada perlumbaan dan acara permotoran. Setiap tahun, berjuta-juta kenderaan seperti motosikal, kereta, termasuk bas dan RV (juga dipanggil karavan dan motorhome) dari seluruh dunia melawat litar tersebut. Setiap pusingan dikenakan harga €23 (RM111).
  • Nürburgring turut menjadi pilihan banyak pengeluar automotif untuk menguji kemampuan dan ketahanan model premium dan prototaip kenderaan yang dihasilkan. Kemudian, semua pengeluar itu biasanya ini akan memuat naik video masa pusingan model tersebut di Internet untuk tujuan promosi.
  • Litar Nürburgring popular dalam dunia permotoran kerana menawarkan permukaan trek yang luas dan pelbagai serta mencabar. Sepanjang trek pengguna akan menemui jalan lurus panjang dan laju, bahagian berbonggol, selekoh tajam (hairpin), termasuk permukaan menaik dan menurun hingga 1,000 kaki.

  • Antara bahagian trek Nürburgring paling terkenal ialah 'Bergwerk', iaitu selekoh dengan sudut 90º yang terletak selepas seksyen panjang dan pantas. Selekoh berkenaan dilaporkan merekodkan banyak kemalangan serius sepanjang sejarah litar tersebut.

BACA >>> Litar Antarabangsa Langkawi Akan Jadi Nürburgring Timur!

Related

369
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: jackie stewart, litar, niki lauda, Nordschleife, Nürburgring, Südschleife, Zielschleife

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev