• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Remaja Tak Mengaku Salah Memandu Tanpa Lesen, Cakap Kereta yang Pandu Sendiri Sampai 480km

Remaja Tak Mengaku Salah Memandu Tanpa Lesen, Cakap Kereta yang Pandu Sendiri Sampai 480km

March 31, 2021 By Shawkath Leave a Comment

74
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUA remaja perempuan mengaku tidak bersalah memandu tanpa lesen, sebaliknya menyalahkan sistem pandu sendiri (autopilot) selepas kereta jenis Tesla Model Y dinaiki mereka dikesan dipandu secara menyongsang arah jalan dalam insiden dekat Pantai Daytona di Florida, Amerika Syarikat.

Kereta tersebut didapati memandu di laluan bertentangan sebelum diarah kereta peronda bertugas supaya berhenti. Apabila sudah berhenti, Tesla itu tiba-tiba menggelongsor ke belakang hingga terlanggar kereta peronda hingga menyebabkan kereta elektrik tersebut mengalami kerosakan kecil hampir AS$300 (RM1,250).

Polis kemudian menemui dua remaja perempuan berusia 14 dan 15 tahun dalam kereta berkenaan yang mendakwa mereka tidak pernah memandu tetapi dipandu sendiri. Gadis pertama ditemui duduk di kerusi penumpang depan, manakala rakannya berada di kerusi belakang. Kedua-duanya tiada lesen memandu.

Apabila disiasat, pemandu dikatakan berubah tempat ke kerusi belakang apabila diarahkan berhenti, manakala rakannya kekal di kerusi sebelah depan. Siasatan juga mendapati tuan punya kereta itu tidak pernah mengizinkan mereka memandu.

Kedua-dua remaja tersebut dikatakan sudah bergerak sejauh hampir 480km dari Charleston, Carolina Selatan ke Florida. Malah, ibu kepada pemandu itu sendiri tergamam kerana beranggapan kedua-dua gadis tersebut berada di rumah nenek mereka.

Trik licik mereka berdua terbongkar kerana apabila Tesla dipandu menggunakan mod Autopilot, kereta elektrik itu tidak akan berhenti atau mengelongsor ke belakang.

Walaupun Tesla menawarkan pakej Pandu Sendiri Penuh (Full Self-Driving), tetapi ciri berkenaan masih dalam versi Beta dan hanya dapat digunakan jika ada orang duduk di kerusi pemandu.

Polis mengeluarkan saman ke atas pemandu Tesla tersebut kerana memandu tanpa lesen dan kedua-duanya terpaksa bermalam dalam tahanan di Jabatan Keluarga dan Kanak-Kanak Florida kerana ibu bapa masing-masing tidak sempat hadir menjemput pulang.

BACA >>> Kemalangan Banyak Sangat Sebab Pemandu Tidak Pegang Stereng, Tesla Kena Siasat
BACA >>> Tesla Model X Kini Lebih Pelik dan Lebih Kuasa, Guna Stereng Ala Pesawat, Kuasa 1,020hp!

tesla langgar 1
tesla langgar
tesla model Y (2020) copy
tesla Model Y Autopilot

SUMBER: Electrek | TopSpeed | PostandCourier

 

 

Related

74
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Berita Antarabangsa, Global, kereta pandu sendiri, Tesla Autopilot, Tesla Kemalangan, Tesla Model Y

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev