• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Excelle Cobra 321R - Naked Bike 'Kahwin' yang Guna Enjin MT-03, Frem 390 Duke, Harga RM14k

Excelle Cobra 321R - Naked Bike 'Kahwin' yang Guna Enjin MT-03, Frem 390 Duke, Harga RM14k

March 31, 2021 By Shawkath Leave a Comment

758
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INDUSTRI automotif China termasuk motosikal berkembang pesat sejak lima tahun lalu walaupun sering dikaitkan dengan budaya menciplak banyak model popular daripada KTM,  dan Bajaj hingga Honda dan Yamaha.

Terbaharu, muncul satu lagi model naked bike futuristik iaitu Excelle Cobra 321R yang dikatakan menggabungkan teknologi seakan Yamaha dan KTM. Berikut andaian dan perincian:

  • Dua versi diumumkan iaitu lengan rocker (rocker arm) tunggal dan kembar yang masing-masing berharga 23,980 yuan (RM15,193) dan 22,380 yuan (RM14,180).
  • Versi lengan rocker tunggal ditawarkan dalam tiga pilihan warna, iaitu Turquoise (gabungan hijau Petronas dan kelabu), Peony (oren kelabu hitam) dan Dark Blood (hitam merah kelabu) manakala varian lengan rocker berkembar masih belum ditayangkan.
  • Menggunakan frem trellis dan pelana terpisah serta beberapa komponen seperti model KTM 390 Duke.

  • Trenkuasa dijana enjin 4-lejang 8-injap dwi-silinder 321cc DOHC penyejukan cecair yang katanya dibekalkan Loncin Motorcycles. Enjin ini dikatakan dibangunkan berasaskan produk kejuruteraan semula trenkuasa Yamaha YZF-R3 dan MT-03.
  • Menghasilkan kuasa 39.5hp @ 10,500rpm dan tork 24Nm @ 9,000rpm, manakala kelajuan maksimum 170kmj. Terdahulu, pengeluar asal mendakwa motosikal ini mampu mencapai kelajuan 180kmj dengan pecutan 0-100kmj sepantas 5.6 saat.

BACA >>> Loncin GP300 - 'Ducati Panigale Mini' Terbaharu dari China

  • Mempunyai kapasiti tangki minyak 13 liter. Lampu depan direka semula supaya berbeza daripada model asal 390 Duke. Anggaran jarak perjalanan satu tangki petrol penuh ialah 300km.
  • Lampu utama jenis LED dengan panel meter LCD TFT digital penuh dengan fungsi pencahayaan adaptif. Ciri lain ditambah ialah port pengecas USB.

  • Sistem brek menggunakan cakera tunggal 320mm dengan kaliper radial 4-piston di depan, dan cakera tunggal 240mm piston tunggal di bekang yang dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Profil tayar digunakan pada rim 17 inci ialah 110/70 (depan) dan 150/60 (bekalang). Ketinggian pelana 810mm, manakala berat motosikal 149kg (kering), atau 153kg (termasuk isian bendalir dan petrol).

BACA >>> KTM 390 Duke (2021) Lancar untuk Pasaran Eropah, Harga RM26k
BACA >>> Thailand Lancar Yamaha MT-03 (2021) Edisi Khas, Jual 200 Unit Sahaja, Harga RM21.4k

SUMBER: RideApart | Inf.news

Related

758
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: China guna enjin Yamaha, Excelle Cobra 321R, Excelle Cobra 321R (2021), Loncin Motorcycles, Motosikal China enjin Jepun

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my