KTM Malaysia melancarkan naked bike popular jenama itu 200 Duke (2021) baharu versi naik taraf terkini untuk pasaran Malaysia dengan menambah baik beberapa aspek ciri dan teknikal, pada harga RM12,888 (harga asas), sedikit lebih mahal daripada model 2018 dulu.
Jenama motosikal asal Austria ini pernah menjadi model buruan dan impian ramai anak muda tempatan suatu masa dulu sebelum sedikit sendu. Adakah pengenalan terbaharu ini mampu menyalakan semula keghairahan peminat 200 Duke?
BACA >>> KTM 200 Duke (2018) Kini di Malaysia - Harga RM11,888
Berikut perincian 200 Duke (2021):
- Tarikan utama ialah set lampu utama seba baharu dengan rekabentuk sama seperti The Beast (KTM 1290 Super Duke R) dan didatangkan dalam dua pilihan warna, iaitu putih dan jingga.
- Trenkuasa menggunakan enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 200cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 26hp dan dipadankan transmisi klac manual 6-kelajuan. Menurut KTM, model baharu ini dikatakan lebih jimat bahan api.
- Sistem suspensi menggunakan jenama WP untuk fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang, sama seperti dipasangkan pada beberapa siri Duke dan RC sebelum ini.
- Kedua-dua roda menggunakan brek cakera Bybre 300mm dengan kaliper brek 4-piston di depan yang dipadukan Sistem Brek Anti-kunci (ABS) saluran tunggal Bosch, dan brek cakera 230mm jenis apung dengan kaliper piston tunggal.
- Dibina menggunakan casis tubular ringan. Saiz rim aloi ringan 17 inci dan tangki minyak keluli berkapasiti 13.4 liter.
- Pelana terbahagi kepada dua bahagian seperti generasi terdahulu untuk lebih keselesaan dan memberikan ergonomik tunggangan lebih baik kepada penunggang dan pembonceng. Ketinggian pelana 800mm, manakala berat kering motosikal 129.5kg.
BACA >>> KTM 200 Duke ABS (2020) Masuk Pasaran Amerika Utara, Harga RM16k!
BACA >>> #Spyshot: KTM 200 Duke (2020) Akan Tampil Berbeza
Leave a Reply