WAKIL pengedar kenderaan Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) memperkenalkan varian tertinggi Navara (2021), dinamakan Navara PRO-4X, dan akan dijual secara rasmi bermula 16 April depan.
Bagaimanapun, ETCM masih berteka-teki mengenai harga trak pikap tersebut. Berikut ciri menarik ditawarkan Navara PRO-4X:
- Dikuasakan enjin diesel 4-silinder turbo DOHC berkuasa 187hp @ 3,600rpm dan tork 450Nm @ 2,000rpm berserta transmisi automatik 7-kelajuan dengan mod manual.
- Ada empat pilihan warna baharu: Stealth Grey (kelabu), Burning Red (merah), Pearl White (putih) dan Black Star (hitam).
- Tampil dengan gril depan dengan paten ‘Interlock’ hitam yang sesuai dengan julukan ‘Mother Trucker’. Ada beberapa kemasan hitam lain seperti cermin sisi, hendal pintu, pemijak kaki, rel bumbung dan rim 17 inci. Tayar menggunakan jenis pelbagai rupa bumi (all-terrain).
- Suspensi belakang menggunakan Multilink dengan spring koil dwi-tahap (Dual Rate Coil Springs) untuk mengurangkan olengan badan dan memberi lebih kestabilan.
- Mempunyai dimensi badan dengan tambahan panjang 5mm, lebar 25mm dan tinggi 15mm, manakala jarak roda kekal sama.
- Lampu depan menggunakan projektor LED kuad dan lampu siang (DRL) bentuk C. Lampu belakang pula jenis LED bentuk C dengan lencana ’NAVARA’ tertera pada pintu but belakang.
- Ruang kabin kini lebih senyap dengan penggunaan sistem akustik pengasingan bunyi pada cermin depan dan tingkap.
- Kluster instrumen menggunakan skrin definisi tinggi (HD) 7 inci warna penuh bernama Paparan Digital Bantuan-Pemandu Termaju (ADAD).
- Unit infotainment menggunakan skrin sentuh 8 inci dengan ciri konektiviti Apple Carplay dan Android Auto.
- Kerusi juga lebih selesa untuk pemandu dan penumpang depan menerusi penggunaan material kulit berkonsepkan graviti sifar Zero-Gravity Inspired Leather Seats. Kerusi belakang pula mendapat sokongan peha dan penyandar melengkung. Juga disediakan empat port USB untuk mengecas telefon pintar.
- Trak pikap turut dilengkapkan teknologi Monitor Pandang Keliling Pintar (I-AVM) dengan mod pandu off-road.
- Teknologi lain ialah Brek Kecemasan Depan Pintar (Intelligent Forward Emergency Braking, i-FEB), Amaran Pemandu Pintar (Intelligent Driver Alertness, IDA), Bantuan Lampu Tinggi (HBA), Amaran Tukar Lorong (LDW), Amaran Titik Buta (BSW), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dan Pengesan Objek Gerak Pintar (IMOD), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Mula Daki (HSA), Kawalan Dinamik Kenderaan (VSC) dan Sistem Kawalan Traksi (TCS).
Sebarang maklumat lanjut boleh layari www.nissan.com.my atau hubungi talian 1800-88-3838
BACA >>> Nissan GT-R Baharu Bakal Guna Trenkuasa Hibrid?
BACA >>> #Spyshot: Bocor Imej Nissan 400Z Versi Pengeluaran!
Leave a Reply