• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MAA Mahu Kerajaan Lanjutkan Insentif Pengecualian Cukai Jualan Kenderaan

MAA Mahu Kerajaan Lanjutkan Insentif Pengecualian Cukai Jualan Kenderaan

March 26, 2021 By Shawkath Leave a Comment

104
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERSATUAN Automotif Malaysia (MAA) akan berbincang dengan Kerajaan bagi melanjutkan insentif pengecualian cukai jualan menerusi pakej Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) sebagai usaha merancakkan semula jualan kenderaan tempatan.

Presidennya, Datuk Aishah Ahmad mengakui skim insentif yang diperkenalkan tahun lalu membantu pemain industri automotif tempatan mencatatkan jualan lebih baik berbanding situasi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

BACA >>> PENJANA: Kerajaan Mansuhkan 100 Peratus Cukai Jualan untuk Kenderaan CKD
BACA >>> Kerajaan Sambung 6 Bulan Lagi Pengecualian 100 Peratus Cukai Jualan untuk Kenderaan CKD

Menurutnya, situasi itu turut dibantu beberapa faktor lain seperti:

  • Kadar faedah pembiayaan pinjaman lebih rendah antara purata 2-2.2 peratus (mengikut model kenderaan).
  • Keyakinan pengguna.
  • Operasi semula Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Aishah berkata, MAA yakin jualan kenderaan separuh tahun ini akan lebih baik berbanding separuh tahun kedua 2020. Selepas tamat insentif PENJANA, jualan kenderaan dijangka susut untuk tempoh antara satu hingga tiga bulan sebelum kembali pulih selepas itu.

Kerajaan pada 29 Disember 2020 mengumumkan melanjutkan insentif PENJANA hingga Jun 202o. Terdahulu insentif itu menawarkan pengecualian cukai jualan hingga 100 peratus untuk kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan 50 peratus untuk model import (CBU) yang bermula 15 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020.

Skim itu sebenarnya membantu meningkatkan jualan terkumpul kenderaan kepada 529,434 unit sepanjang 2020 berbanding sasaran asal MAA, 470,000 unit. Berikut perbandingan jualan kenderaan bagi Januari dan Februari 2019, 2020 dan 2021:

Januari
  • 2019: 48,450 unit
  • 2020: 42,942 unit
  • 2021: 32,829 unit
Februari
  • 2019: 39,810 unit
  • 2020: 41,088 unit
  • 2021: 42,784 unit

MAA yakin jumlah jualan Mac ini lebih tinggi berbanding Februari lalu bersandarkan dua faktor utama:

  • Pengeluar automotif Jepun akan mempercepatkan penyerahan kenderaan kepada pelanggan sebelum tahun kewangan berakhir 31 Mac ini.
  • Operasi transaksi membabitkan semua jenis kenderaan di JPJ kembali beroperasi sepenuhnya.

Segmen Kenderaan Elektrik (EV)

Aishah mengakui tidak boleh mendedahkan butiran terperinci mengenai usaha Kerajaan mengenai situasi segmen EV di Malaysia. Bagaimanapun, Kerajaan sedang menimbangkan insentif sektor tersebut.

Pertimbangan secara menyeluruh itu membabitkan infrastruktur, polisi dan cara menarik kumpulan pelabur. MAA juga menjangka lebih banyak pemain automotif EV, khususnya dari China bakal meneroka pasaran Malaysia.

Kuala Lumpur International Motorshow (KLIMS)

Mengenai penganjuran pameran kenderaan, MAA belum mengadakan perbincangan disebabkan situasi semasa Covid-19 yang menumpukan kepada langkah kawalan pandemik berkenaan termasuk Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Sebarang perkembangan mutakhir akan dimaklumkan kemudian.

BACA >>> MAA: Jualan Kenderaan Malaysia Sepanjang 2020 Merosot 12.4 Peratus!

Related

104
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Aishah Ahmad, PENJANA Automotif Malaysia 2021, Persatuan Automotif Malaysia (MAA), TIV 2021, Unjuran jualan MAA 2021

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev