• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Apakah 4 Fungsi Madgad Motosikal Selain Elak Kotoran Jalan?

#TahukahAnda: Apakah 4 Fungsi Madgad Motosikal Selain Elak Kotoran Jalan?

March 30, 2021 By Shawkath Leave a Comment

936
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MADGAD (mudguard) atau fender pada motosikal bukan sekadar bahagian untuk dipasangkan atau ditampal pelekat nombor plat. Ramai penunggang atau pemilik motosikal tahu madgad depan dan belakang membantu melindungi pakaian mereka daripada terkena percikan air, khususnya selepas hujan.

Namun, tahukah anda ada sekurang-kurangnya empat fungsi madgad selain melindungi pakaian penunggang daripada terkena percikan lumpur (mud) dan kotoran seumpamanya?

1. Penghalang Objek Asing

Yamaha Tricity 155

Komponen ini membantu menghalang objek asing atas jalan daripada termasuk dan tersangkut pada roda ketika menunggang. Madgad besar yang dipasangkan rapat atas permukaan tayar menawarkan perlindungan lebih baik, tetapi bergantung kepada jenis motosikal yang ditunggang.

2. Pelindung Fork dan Absorber

Kawasaki Z125PRO

Madgad yang dipasangkan pada roda depan atau belakang berfungsi melindungi suspensi sama ada struktur dalaman fork, absorber kembar atau monoshock daripada terkena batu atau objek keras lain bersaiz kecil yang terpelanting akibat digelek atau dilanggar tayar ketika menunggang pada kelajuan tinggi.

3. Melindungi Radiator

Suzuki RM-Z250

Bagi motosikal tertentu yang menggunakan sistem penyejukan cecair seperti dirt bike, madgad membantu melindungi komponen radiator yang diposisikan lebih tinggi berbanding kapcai atau superbike.

Madgad seperti ini juga ada lubang halus panjang untuk menyalur keluar aliran udara dan pada masa sama menghalang radiator atau bahagian enjin terkena lantunan batu kecil dan pasir. Bagaimanapun, madgad seperti ini cuma didatangkan pada motosikal tertentu seperti Suzuki RM-Z250 yang hanya sah untuk pemanduan atas trek, dan bukan atas jalan raya biasa.

4. Meningkatkan Kestabilan

Honda CBR1000RR-R

Ketika menunggang pada kelajuan tinggi, aliran udara dari arah depan mungkin berkumpul dalam madgad dan boleh melemahkan tekanan tayar atas permukaan jalan atau trek.

Situasi tersebut lebih ketara berlaku pada motosikal besar seperti sportbike atau jentera lumba hingga boleh menjejaskan pengendalian. Justeru bagi mencegah gangguan angin itu, pengeluar memasangkan madgad dengan lubang khas yang bukan bertujuan kosmetik semata-mata, tetapi membantu menyalur angin keluar.

Paten lubang madgad juga berbeza mengikut pengeluar asal motosikal. Jika berpeluang melihat jentera MotoGP atau sukan lumba motosikal lain, anda pasti dapat lihat perbezaan paten lubang pada madgad yang digunakan.

BACA >>> #TahukahAnda: Palam Pencucuh Mesti Tukar Set Penuh, Bukan yang Rosak Sahaja
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Gasket dan Washer?
BACA >>> Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?

SUMBER: AutoBy

Related

936
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, fender, Fungsi Fender, Fungsi Madgad, Fungsi Madgad Motosikal, Komponen madgad, Madgad motosikal, roda2, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev