• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan GT-R Baharu Bakal Guna Trenkuasa Hibrid?

Nissan GT-R Baharu Bakal Guna Trenkuasa Hibrid?

March 25, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

46
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN GT-R R35 dikhabarkan bakal menerima kemas kini terakhir dan akan menggunakan trenkuasa hibrid untuk generasi baharu akan datang. Ini seiring regulasi ditetapkan banyak negara dunia, terutama Eropah yang semakin mengetatkan syarat emisi karbon dioksida dan bunyi kereta. 

Berdasarkan laman web automotif Jepun, Best Car, jualan model petrol GT-R sedia ada kemungkinan berakhir pada 2022 dan digantikan dengan model hibrid yang dijangka menggunakan sistem 48V berkuasa 26.6hp dan 250Nm.

Trenkuasa baharu itu akan membolehkan model hibrid tersebut melepasi regulasi syarat emisi selain menjadikan penggunaan bahan api lebih efisien.

Nissan GT-R 50th Anniversary Edition

Trenkuasa hibrid tersebut khabarnya akan memadankan motor elektrik dengan  enjin sedia ada 3.8L dwi-turbo V6 berkuasa 565hp dan 633Nm dan dikatakan bakal meningkat kepada 591.7hp dan 652Nm untuk versi hibrid. 

Namun, sebelum model petrol digantikan hibrid, Best Car melaporkan Nissan berkemungkinan versi khas untuk enjin petrol, dinamakan Final Edition dan dihasilkan 20 unit sahaja dengan enjin berkuasa 710hp.

GT-R hibrid dirancang menemui peminat pada 2022 pada harga 16 juta yen (RM607,900), manakala versi Final Edition dijual pada anggaran harga kira-kira 40 juta yen (RM1.5 juta). Macam mana gais? Ada berani beli tak?

BACA >>> #Spyshot: Bocor Imej Nissan 400Z Versi Pengeluaran!
BACA >>> Nissan Tambah Alat Ganti Skyline Lama, Guna Teknologi Robot dan Percetakan 3D

SUMBER: Best Car

Related

46
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: godzilla, GT-R50, hibrid, JDM, Nissan, Nissan GT-R, nissan gt-r r35

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev