UMW Toyota menawarkan program Toyota Service Savers iaitu pakej servis prabayar yang memberi banyak manfaat penyenggaraan kepada dua golongan pemilik kereta Toyota iaitu pembeli baharu dan pelanggan sedia ada. Pakej ditawarkan terbahagi kepada dua kategori iaitu pembeli dan pemilik kenderaan Toyota :
- Pembeli baharu boleh memilih sama ada pakej 5 tahun atau 3 tahun.
- Pemilik sedia ada ditawarkan pakej 2 tahun.
Apa Manfaat Pakej Toyota Service Savers?
- Jaminan kos servis (ikut pakej)
- Diskaun 20 peratus untuk penjajaran dan imbangan roda (wheel alignment and balancing) dan servis penyaman udara
- Diskaun 10 peratus alat ganti terpilih
- Akses servis di mana-mana pusat servis Toyota*. UMW Toyota ada 85 pusat servis di seluruh negara.
- Boleh gunakan pakej secara serta-merta
* Jika beli di Langkawi dan Labuan, Toyota Service Savers cuma boleh digunakan di sana sahaja (kawasan bebas cukai).
Pakej Ditawarkan dan Untuk Siapa?
Pembeli baharu boleh mendapatkan pakej 3 atau 5 tahun bagi lapan model berikut:
- Vios, Yaris, Corolla, Hilux, Camry, Avanza, Rush dan Corolla Cross.
Pelanggan sedia ada pula boleh dapatkan pakej 2 tahun untuk lima model, iaitu:
- Vios, Hilux, Yaris, Corolla dan Camry.
Berikut harga pakej untuk pembeli baharu (5 tahun) dan pemilik sedia ada (2 tahun) serta berapa banyak penjimatan yang dapat dinikmati mengikut jenis model:
Butiran dan perincian lanjut pakej mengikut setiap model kereta dan kategori pembeli atau pemilik sedia ada boleh didapati di: Toyota Service Savers
PERKHIDMATAN SELEPAS JUALAN
Selain pakej prabayar Toyota Service Savers, UMW Toyota ada menawarkan tiga perkhidmatan selepas jualan terbaik untuk ketenangan jiwa dan kelegaan khas untuk pembeli baharu mahupun pemilik kenderaan Toyota sedia ada.
Pusat Servis Toyota
Pusat Servis Toyota meneruskan tawaran perkhidmatan penyenggaraan dan baik pulih kenderaan dengan pelbagai manfaat terbaik kepada semua pemilik Toyota, ini termasuk:
- Waranti keselamatan kenderaan untuk 5 tahun.
- Kepakaran juruteknik terlatih.
- Alat ganti dijamin tulen.
- Penggunaan kelengkapan diagnostik termaju, dan alat servis khas.
- Pemeriksaan kesihatan kenderaan secara menyeluruh hingga 23 poin.
- Waranti buruh untuk tiga bulan atau perbatuan 5,000km.
- Waranti alat ganti untuk 12 bulan atau 20,0000km.
- Potensi nilai beli semula (resale value) tinggi.
- Harga berbaloi.
Baik Pulih Badan dan Cat (Body & Paint)
UMW Toyota menyediakan perkhidmatan baik pulih badan dan mengecat (Body & Paint) kepada semua pemilik Toyota seandainya kenderaan mereka terlibat dalam kemalangan. Perkhidmatan ini termasuk kerja-kerja baik pulih yang dilakukan juruteknik profesiona dengan standard tinggi berserta jaminan seperti berikut:
- Kenderaan masih dalam waranti 5 tahun - ikut waranti yang masih ada.
- Kenderaan tamat tempoh waranti - 12 bulan waranti
Alat ganti digunakan dijamin tulen dan setiap proses baik bulih dan mengecat dibuat menepati piawaian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Proses dokumentasi turut disediakan untuk ketenangan minda. Toyota turut menyediakan khidmat tundaan percuma.
Pakej Insurans Toyota
Faedah yang disediakan adalah seperti berikut:
- Keahlian percuma Toyota 24SEVEN Road Assists
- Tiada caj polisi ekses
- Kelulusan tuntutan sepantas 24 jam
- Bayaran 100 peratus daripada jumlah diinsuranskan hingga 10 tahun
- Pelanggan tidak perlu membayar caj naik nilai (betterment) untuk umur kenderaan sehingga 10 tahun.
Leave a Reply