• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sudah 42 Tahun, Tapi Rossi Mahu Berlumba Dua Tahun Lagi

Sudah 42 Tahun, Tapi Rossi Mahu Berlumba Dua Tahun Lagi

March 24, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

499
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MASIH gagah berlumba pada usia 42 tahun, bilakah legenda MotoGP, Valentino Rossi akan ‘menggantung helmet’ kekal menjadi persoalan peminat dan rakan media seantero dunia. Bakal memulakan musim ke-26 sebagai pelumba MotoGP Jumaat ini, Rossi mula memberikan bayangan bilakah beliau akan bersara.

Dalam temu bual bersama wartawan La Repubblica dari Itali, Massimo Calandri, Rossi meluahkan hasratnya mahu berlumba dua tahun lagi. Walaupun kontraknya bersama Petronas Yamaha SRT hanya setahun, tetapi beliau bertekad tidak ingin perjalanannya berakhir musim ini.

Bagaimanapun, segalanya bergantung kepada prestasi juara dunia sembilan kali itu musim ini. Jika Rossi masih seronok dan mampu bersaing untuk podium dengan meraih kedudukan lima teratas, beliau akan terus berlumba.

Rossi turut meluahkan kegembiraan dapat berlumba bersama anak didiknya daripada Akademi VR46 iaitu Franco Morbidelli, Luca Marini dan Francesco Bagnaia yang mana pengalaman itu seperti bermain bola sepak bersama rakan-rakan, tetapi atas trek.

Persaraan The Doctor daripada saingan MotoGP pasti menjadi kehilangan besar buat sukan permotoran dunia. Musim-musim terakhir pelumba Itali itu pasti menjadi memori berharga buat peminat sebelum beliau berehat daripada dunia permotoran.

BACA >>> Zarco Henjut Ducati Sampai 352kmj di Qatar!
BACA >>> Luca Marini: Miller Buat Ducati Layan Corner Macam Yamaha

SUMBER: MotoGP

Related

499
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: MotoGP, MotoGP 2021, Petronas Yamaha SRT, Qatar, rossi, sukan permotoran, The Doctor, Valentino Rossi, VR46

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev