APLIKASI mobil, POMEN dipilih Petronas Lubricants Marketing Malaysia sebagai platform atas talian untuk rangkaian bengkel Petronas AutoExpert dengan keseluruhan sembilan cawangan bengkel sudah berdaftar dalam aplikasi tersebut.
POMEN ialah aplikasi mobil yang menawarkan perkhidmatan bantuan jalanan 24 jam dan tujuh hari seminggu kepada semua pemilik kenderaan. Pengguna hanya perlu membuat tempahan untuk mendapatkan servis kenderaan mereka pada bila-bila masa.
Mula beroperasi sejak 2019, aplikasi POMEN sudah dimuat turun lebih 20,000 pengguna telefon pintar yang menyaksikan peningkatan 50 peratus sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu.
Antara servis ditawarkan ialah perkhidmatan servis kenderaan, tukar bateri atau jump-start, tukar tayar dan kerosakan kenderaan. Pengguna juga mendapat jaminan seperti perkhidmatan navigasi masa nyata (real-time), ketelusan harga dan keahlian percuma untuk mengelakkan risiko penipuan.
Kini, terdapat lebih 600 bengkel berdaftar dalam aplikasi POMEN yang beroperasi sekitar Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang, dan beberapa bandar besar lain. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store, Apple App Store atau secara terus menerusi pautan pomenapp.
BACA >>> Wazi Sokong KPN, Ubah Suai Ekzos Tidak Buat Motor Lebih Laju
BACA >>> Fakta atau Auta: Benarkah Ekzos Bising Selamatkan Nyawa Penunggang?
Leave a Reply