• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Bocor Imej Nissan 400Z Versi Pengeluaran!

#Spyshot: Bocor Imej Nissan 400Z Versi Pengeluaran!

March 24, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

86
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


IMEJ model paling dinanti peminat Nissan, 400Z (bukan nama rasmi) bocor di Internet, baru-baru ini. Berdasarkan foto ditunjukkan, kereta sport tersebut kini sudah berada di peringkat pengeluaran yang tampil berbeza berbanding model konsep, Nissan Z Proto yang ditayangkan kepada umum September tahun lalu.

Menurut laman web 400Z Club, foto dan video 400Z itu dibocorkan seorang pekerja di sebuah gudang di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Ada dua unit 400Z dalam gudang berkenaan, salah satu model berwarna kelabu metalik (atas kiri) seperti warna 350Z dan 370Z, serta didatangkan dengan transmisi automatik, manakala satu lagi berwarna perak yang menjadi tona asas model Z sejak Datsun 240Z, dan dipacu transmisi manual. 

Gril Nissan Z Proto mendapat kemasan hitam.

Perbezaan besar pada model pengeluaran itu adalah kemasan krom pada gril depan berbanding hitam pada Z Proto. Perbezaan lain, 400Z perak menampilkan skema warna dwi-tona dengan bumbung hitam, manakala model kelabu dalam satu warna sahaja.

Rakaman video pula menunjukkan posisi stereng di sebelah kiri yang kemungkinan itu ialah model pasaran AS. Rekabentuk dalaman moden daripada konsep Z Proto turut digunakan pada model pengeluaran tersebut.

Lampu belakang 400Z masih sama dengan Z Proto yang mengambil ilham lampu belakang 300ZX (1990-1996). Gaya badan keseluruhan juga mirip model Z Proto, 350Z dan 370Z. Semua elemen itu menjadikan 400Z sebagai model tribut terbaik untuk model terdahulu yang dijangka memuaskan hati ramai peminat Nissan dan kereta sport sedunia.

Walaupun banyak imej bocor mengenai model ini, masih belum ada berita mengenai enjin bakal digunakan. Tarikh pelancaran 400Z juga masih menjadi tanda tanya, tetapi kelibat model versi pengeluaran itu menandakan ia bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

BACA >>> Nissan Tambah Alat Ganti Skyline Lama, Guna Teknologi Robot dan Percetakan 3D
BACA >>> Nissan GT-R Ini Khas untuk Hantar Organ Manusia

SUMBER: Autoblog | 400Z Club | Jalopnik

Related

86
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Foto Intip, JDM, Kereta Sport, Nissan, nissan 350z, Nissan 370Z, nissan 400z, Nissan Z Proto, Roda4, Spyshot

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my