PENGELUAR motosikal berpangkalan di Britain, Lexmoto mengemas kini model popular, LXR 125 dan LXR 125 SE dengan ciri dipertingkat dan enjin lebih berkuasa, termasuk tambahan gear dan panel meter TFT baharu untuk varian SE.
Model edisi 2021 patuh Euro 5 ini dijual pada harga £2,499.99 (RM14,240) untuk varian standard LXR 125 dan £2,799.99 (15,950), LXR SE 125, pada 23 Mac ini. Bagaimanapun, jenama ini tidak dibawa masuk untuk pasaran Malaysia.
Berikut ciri menarik LXR 125 dan LXR SE 125 (2021):
- Tampil dengan warna baharu. LXR 125 menawarkan pilihan warna Hitam/Emas, Hitam/Merah dan Hitam/Putih, manakala LXR SE 125, dengan warna Merah/Hitam.
- Dikuasakan enjin silinder tunggal 125cc penyejukan cecair berkuasa 12.5hp @ 9,000rpm (tambahan 0.4hp @ 500rpm, lebih rendah berbanding model sebelum) dan 11Nm @ 6,750rpm (tambahan 1.5Nm @ 250rpm, lebih tinggi).
- Dipadan kotak gear 6-kelajuan untuk tunggangan pada halaju 105-113kmj yang lebih selesa. Monoshock direka semula untuk pengendalian lebih sporty dan fiil tunggangan lebih baik atas jalan.
- Mengekalkan identiti sebagai motosikal aras mula untuk penunggang baharu dengan brek cakera kembar di depan dan brek cakera tunggal di belakang.
- Tinggi pelana 820mm disertakan bersama kit khas untuk melaraskan ketinggian. Saiz rim 17 inci, dibalut tayar 110/70-17 di depan dan 150/70-17 di belakang.
- Varian SE didatangkan dengan ciri khas seperti panel meter TFT baharu, fork terbalik (USD) boleh laras dan swingarm aluminium lebih ringan.
Harga menarik ditawarkan Lexmoto menjadikan jenama itu popular dalam kalangan penunggang baharu atau muda di Britain, terutama pemilik lesen A2, sebelum beralih kepada motosikal lebih besar.
Mungkin ada pengedar motosikal di Malaysia yang berminat membawa masuk model ini untuk memeriahkan pasaran dua roda kita? Benda murah siapa saja yang tak sukakan?
BACA >>> Kymco Like 125 Sport (2021) Lancar untuk Pasaran Eropah, Harga RM13.2k
BACA >>> Skuter China, Lexmoto Echo Jadi Motosikal Paling Laris di UK
LEXMOTO 125 (2021)
LEXMOTOR 125 SE (2021)
SUMBER: VisorDown
Leave a Reply