• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Setahun Terpisah dengan Kereta Sebab Tak Boleh Rentas Sempadan

Setahun Terpisah dengan Kereta Sebab Tak Boleh Rentas Sempadan

March 23, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

58
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LARANGAN merentas negeri berikutan krisis penularan Covid-19 membuatkan ramai orang terpisah dengan pasangan, anak-anak dan ibu bapa masing-masing. Tetapi lain pula cerita ini apabila seorang lelaki terpisah dengan keretanya selama setahun!

Lelaki tersebut ialah Emmanuel Capitaine yang memiliki dua kerakyatan, Amerika Syarikat (AS) dan Perancis. Segalanya bermula ketika dia dan anaknya dari Vermont, AS pergi melawat Perancis pada 11 Mac tahun lalu. Memandangkan mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Montreal-Trudeau di Kanada, dia perlu memandu ke Montreal dan meletakkan Toyota RAV4 miliknya di lot parkir di situ.

Konflik mula berlaku apabila mereka pulang ke Montreal dua minggu kemudian. Ketika itu, Capitaine dan anaknya tidak dibenarkan menaiki pesawat kerana Kanada melarang perjalanan tidak mustahak (non-essential) merentas sempadan AS. Situasi itu memaksa dia pulang ke rumah di Vermont, AS  dengan menaiki pesawat ke Boston dan menyewa kereta di sana.

Namun, dia masih tidak dapat mengambil keretanya di Kanada dan terpaksa berkongsi kereta isterinya sepanjang tempoh kawalan pergerakan.

Mujurlah ada pekerja lapangan terbang mengambil tanggungjawab menjaga kereta Capitaine dengan menghantar gambar keretanya dari semasa ke semasa, termasuk tidak dikenakan caj tambahan kerana apa berlaku di luar kawalan.

A Vermonter's car stuck for nearly a year at the Montréal-Trudeau International Airport has been repatriated. Emmanuel Capitaine was reunited with his Toyota RAV4 last week in Williston https://t.co/SUIFe9dlWq pic.twitter.com/vbjQo9rZHp

— Seven Days (@sevendaysvt) March 18, 2021

Selepas masalah Capitaine dilaporkan media, seorang wanita dua kerakyatan AS-Kanada, Marie Hamilton (foto atas) menawarkan bantuan. Caranya, Capitaine perlu menghantar kunci dan dokumen untuk membenarkan Hamilton merentas sempadan. Pada masa sama, wanita itu juga dapat melawat neneknya yang tinggal di Vermont, negeri di mana Capitaine tinggal.

Akhirnya, Capitaine dapat bersatu semula dengan keretanya selepas setahun terpisah. Namun, dia perlu menanggung kos baik pulih sebanyak AS$1,500 (RM6,170) untuk menukar bateri, tayar dan brek.

BACA >>> Lagi Penyeludup Ketum Ditahan Cuba Rentas Negeri, Dapat Upah RM800
BACA >>> Negeri Kadunia di Nigeria Akan Guna Dron untuk Hantar Vaksin Covid-19

SUMBER: Fox News

Related

58
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: AS, canada, Covid-19, Lockdown, mco, montreal, RAV4, Toyota, USA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev