• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Takkan Ada Lagi Hot Hatch Peugeot?

Takkan Ada Lagi Hot Hatch Peugeot?

March 19, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

59
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KENYATAAN ini mengejutkan kerana datang daripada Peugeot yang sinonim dengan model hot hatch. Semuanya gara-gara regulasi emisi ketat yang bakal mengubah landskap pasaran kereta dunia pada masa depan.

Pengarah Produk Peugeot, Jerome Micheron mengatakan pasaran untuk hot hatch dan regulasi emisi ketat membuatkan pengeluar itu tidak lagi mahu membangunkan model gaya badan hatchback dengan enjin prestasi tinggi. Kenyataan itu dibuat ketika beliau disoal mengenai model GTI untuk Peugeot 308 baharu akan datang.

Bagaimanakah pula hot hatch versi eletrik?

Micheron turut mengetepikan kemungkinan tersebut selepas melihat potensi pasaran hatchback. Ini kerana model eletrik akan menambahkan berat model dibangunkan yang berlawanan dengan konsep hot hatch yang sepatutnya ringan dan lincah.

Mengenai hot hatch, isu utama bukanlah kerana pengeluar automotif itu tidak mampu membangunkan kereta tersebut, tetapi kesukaran menghasilkannya tanpa mengenakan harga tinggi. Pada masa sama, margin keuntungan juga mengecil.

Tidak dinafikan zaman sekarang memang ramai pembeli mahukan kereta yang mampu menawarkan penjimatan bahan api. Namun, adakah benar kenyataan Micheron bahawa pasaran hot hatch sudah mati?

Jika kita lihat Toyota GR Yaris yang dilancar hujung tahun lalu, model itu nyata mendapat sambutan baik seluruh dunia. Malah di Malaysia, tidak sampai sebulan sudah habis terjual. Rasanya jika resepi betul, masih ramai orang berminat memiliki hot hatch.

BACA >>> Tak Sampai Sebulan, Toyota GR Yaris RM286k Habis Jual!!!
BACA >>> Peugeot Perkenal Logo Singa Baharu, Siap Sedia Cabar Pasaran Lebih Premium

SUMBER: Jalopnik

Related

59
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: hot-hatch, Peugeot, Peugeot 308, Toyota GR Yaris

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
    Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?
    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev