• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ford UK Buka Tempahan Mustang Mach 1 Baharu, 454hp, 529Nm, Harga RM316k

Ford UK Buka Tempahan Mustang Mach 1 Baharu, 454hp, 529Nm, Harga RM316k

March 17, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

366
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUSULAN populariti 'kereta otot' ini, Ford UK membuka tempahan Mustang Mach 1 baharu yang didatangkan dengan pengendalian lebih baik, rekabentuk menarik dan opsyen transmisi manual 6-kelajuan yang kali pertama kali ditawarkan untuk pasaran Britain.

Dijual pada harga bermula £55,185 (RM316,170), berikut ciri menarik tentang Mustang Mach 1 edisi Britain:

BACA >>> Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah

  • Dikuasakan enjin 5.0L V8 aspirasi natural (NA) yang ditala dengan badan terotel baharu, aliran sistem ekzos lebih baik, unit kawalan elektronik (ECU) dibikin semula dan sistem induksi udara terbuka yang sebelum ini hanya ada pada Shelby GT350, iaitu model eksklusif pasaran Amerika Syarikat.
  • Mustang Mach 1 mendapat penyejuk minyak tambahan (sama seperti GT350) yang berfungsi mengekalkan suhu enjin untuk pemanduan prestasi tinggi berterusan seperti lumba trek. Output kuasa dihasilkan ialah 454hp , manakala tork 529Nm.
  • Unit standard didatangkan dalam transmisi manual Tremec 6-kelajuan. Bagaimanapun, model baharu ini ditawarkan dalam opsyen automatik 10-kelajuan dengan tambahan £2,000 (RM11,460).
  • Kedua-dua transmisi dilengkapkan ciri Diferensial Gelincir Terhad (LSD) dan ekstra penyejuk kotak gear untuk meningkatkan ketahanan atas litar.
  • Casis ditambah baik dengan set damper boleh laras, spring lebih keras, bar anti-oleng lebih luat dan komponen suspensi boleh laras. Ciri ini membuatkan Mach 1 lebih responsif untuk dipandu. Ford turut menggunakan subfrem sama seperti Shelby GT350 dan GT500.
  • Dari segi kosmetik, model ini dipasangkan gril atas two-piece, spliter depan dan difuser belakang baharu. Perubahan ini memberi tambahan 22 peratus daya mendap (down force) berbanding Mustang GT biasa. Rim aloi 19 inci turut ditawarkan dengan tambahan harga £900 (RM5,160).

  • Bahagian kabin juga diperkemas dengan set kerusi sport kulit, tombol gear bulat putih dan plak unik dengan nombor casis kereta.

Menarik tak? Adakah model ini akan dibawa singgah ke Malaysia memandangkan ramai peminat Mustang di sini? Tapi, kereta enjin 5.0L dengan gear manual macam ni berani ke jutawan MLM kita bawa?

BACA >>> Ford Ranger Raptor X Edisi Khas yang Pertama Warna Merah Lancar di Malaysia, Harga RM216k

Ford Mustang Mach 1
Ford Mustang Mach 1
Ford Mustang Mach 1-2
Ford Mustang Mach 1 2021
Ford Mustang Mach 1 2020-14
Ford Mustang Mach 1 2020-12
Ford Mustang Mach 1-4
Ford Mustang Mach 1 2020-8
Ford Mustang Mach 1 2020-3
Ford Mustang Mach 1 2020-5
Ford Mustang Mach 1 2020
Ford Mustang Mach 1 2020-6

SUMBER: Auto Express

Related

366
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Ford, Ford Mustang Mach 1, mach 1, muscle car, Mustang, UK, V8

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev