KETIKA ini, Audi adalah antara pengeluar yang menghasilkan barisan enjin pembakaran dalaman terbaik di pasaran antarabangsa. Lihat saja enjin 4L V8 dwi-turbo pada super wagon RS6 Avant berkuasa 591hp dan R8 dengan enjin V10 aspirasi natural (NA) yang cukup membuktikan kewibawaan dan kemampuan pengeluar asal Jerman itu.
Namun, semua itu bakal berakhir apabila Pengerusi Lembaga Pengurusan Audi AG, Markus Duesmann mengumumkan pengeluar itu tidak lagi mahu membangunkan enjin pembakaran dalaman baharu, sebaliknya mahu menumpukan kepada mengubah enjin sedia ada supaya menepati regulasi emisi terkini.
Keputusan ini dibuat berikutan kesukaran Audi mematuhi regulasi emisi baharu dikuatkuasakan Kesatuan Eropah (EU) yang mahu mengetatkan standard emisi Euro7, sekali gus menjadi cabaran teknikal terbesar buat pengeluar itu. Situasi tersebut juga menghalang enjin pembakaran dalaman daripada terus digunakan.
Audi ketika ini mensasarkan menghasilkan 20 unit kereta eletrik menjelang 5 tahun akan datang. Sasaran ini sudahpun berjalan menerusi pelancaran model crossover E-Tron dan sedan sport E-Tron GT, manakala versi eletrik untuk SUV kecil, Audi Q4 akan dilancar hujung tahun ini. Duesmann juga mengesahkan A4 dan A6 akan menjadi kenderaan eletrik penuh menjelang 2030.
Nampaknya, enjin konvensional semakin hampir menemui jalan penamat pada penghujung dekad ini.
BACA >>> Audi TT RS 40 - Kereta Sport Tribut 40 Tahun Sistem Quattro, Cuma 40 Unit Dihasilkan
BACA >>> Aston Martin Buat 2 Kereta Eletrik, Sedia Hadapi Larangan Enjin Petrol, Diesel Menjelang 2030 di UK
SUMBER: Road and Track
Leave a Reply