• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BMW M1000RR Jadi 'Safety Bike' untuk MotoGP 2021

BMW M1000RR Jadi 'Safety Bike' untuk MotoGP 2021

March 16, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

280
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BUAT kali pertama, model BMW akan dijadikan jentera keselamatan (safety bike) untuk Kejuaraan Dunia MotoGP 2021, iaitu M1000RR, yang juga model pertama di bawah lencana M.

M1000RR Safety Bike ini akan menyertai barisan kenderaan keselamatan lain seperti M8 Competition Coupe Safety Car, M8 Competition Gran Coupe Safety Car dan X5 M Medical Car.

Model-model tersebut akan diperkenalkan BMW secara rasmi pada 18 April nanti, dan ada juga khabar angin mendakwa model safety bike dalam kejuaraan dunia akan datang ialah S1000RR.

Berdasarkan gambar ditunjukkan, dua model itu didatangkan dalam warna putih berserta grafik merah, biru gelap dan biru cair yang biasa dilihat pada model lencana M.  Malah BMW memberikan bayangan yang M1000RR versi trek bakal menyertai Kejuaraan Dunia Superbike (WBSK) tahun ini.

Kehadiran safety bike baharu pasti memberikan daya tarik tambahan kepada peminat MotoGP yang mahu BMW berentap dalam kejuaraan dunia itu. Model BMW dilaporkan akan digunakan untuk mengetuai sesi panas badan (warm up) seperti pernah dilakukan model jenama lain. Ia juga boleh digunakan untuk menolak motosikal pelumba yang terkandas atas trek.

BACA >>> Toyota GR Yaris Tenang 'Cucuk' BMW M2 Competition di Nürburgring
BACA >>> Zarco Henjut Ducati Sampai 352kmj di Qatar!

SUMBER: RideApart

Related

280
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: BMW, BMW M 1000 RR, BMW M1000R (2021), BMW M8, MotoGP, roda2, safety bike, Safety Car, superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev