SYARIKAT pemula (startup) kenderaan eletrik dari Amerika Syarikat (AS), Alpha menambah trak pikap Wolf EV dalam barisan produk jenama itu, tetapi masih di peringkat konsep yang dijangka dilancarkan menjelang 2023.
Harga jualan trak ini dianggarkan dalam julat AS$36,000 (RM148,250) hingga AS$46,000 (RM189,430). Walaupun masih di peringkat konsep, Alpha sudah pun membuka pratempahan kepada pembeli berminat.
Apa menarik mengenai trak pikap ini adalah rekabentuk minimalis dan retro yang berbeza berbanding model eletrik lain seperti Cybertruck buatan Tesla dengan gaya futuristik. Bagaimanapun, rekabentuk futuristik ditonjolkan pada ruang dalaman menerusi unit infotainmen skrin sentuh bentuk vertikal di tengah papan pemuka. Kluster instrumen depan pemandu juga jenis digital.
Penggunaan tayar pelbagai rupa bumi (all-terrain), bar rempuh (push bar) pada bampar depan, dan bar oleng (roll bar) di belakang but memberikan gaya lasak untuk trak pikap ini yang turut dipasangkan panel solar.
Trak pikap eletrik ini ditawarkan dalam dua pilihan konfigurasi, iaitu motor tunggal pacuan roda depan (FWD) dan dwi-motor pacuan semua roda (AWD). Kapasiti tundaan 1,360kg, manakala jarak pemanduan sejauh 400km, atau 443km (mengikut konfigurasi). Namun, spesifikasi sebenar mungkin berbeza apabila trak ini memasuki fasa pengeluaran akhir nanti.
BACA >>> Aston Martin Buat 2 Kereta Eletrik, Sedia Hadapi Larangan Enjin Petrol, Diesel Menjelang 2030 di UK
BACA >>> Ford Ranger WildTrak, Raptor Dapat Rebat Tunai Hingga RM6k!
SUMBER: autoblog.com
Leave a Reply