• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha YZF-R7 Bukan Khabar Angin, Dokumen Daftar Sudah Hantar

Yamaha YZF-R7 Bukan Khabar Angin, Dokumen Daftar Sudah Hantar

March 15, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

DESAS-desus mengenai ketibaan Yamaha YZF-R7 sebagai model pengganti sportbike middleweight R6 nampaknya berasas, selepas penemuan satu dokumen permohonan difailkan kepada pihak Lembaga Sumber Udara California (California Air Resources Board, CARB).

R7 bukanlah model baharu dalam sejarah Yamaha, tetapi model legenda 4-silinder 750cc dikeluarkan pada 1999 yang semakin sukar dilihat hari ini. Khabarnya, generasi baharu R7 akan dipacu trenkuasa dwi-silinder sebaris 689cc (CP2) berkuasa 74hp.

Jika benar, maka R7 berkongsi enjin dengan MT-07, Tenere 700, Tracer 700 dan XSR 700. Strategi kongsi enjin pada model berbeza bukan kejutan kerana sudah diamalkan banyak pengeluar motosikal sedunia.

BACA >>> Tiada Lagi Yamaha YZF-R6 di AS dan Eropah, Cuma Ada Versi Race
BACA >>> Macam Yamaha R6 Tapi Bukan, Rupanya Huaying R6

Ada kemungkinan R7 adalah jelmaan MT-07 dalam versi fairing penuh untuk hari trek hujung minggu atau tunggangan harian atas jalan biasa. Pencabar terdekat pula sudah semestinya Aprilia RS660.

Dokumen difailkan itu mendedahkan sekurang-kurangnya dua varian bakal diperkenalkan menjelang 2022 tanpa sebarang maklumat lanjut. Tidak mustahil Yamaha memindahkan ciri MT-07 kepada R7 dengan beberapa sentuhan pembaharuan.

Yamaha YZF-R7 (1999)

Perubahan dijangka membabitkan sistem pengendalian, suspensi, casis dan keupayaan brek dipertingkat. MT-07 adalah antara model naked bike Yamaha yang mendapat sambutan baik daripada pembeli selepas pengenalan siri XJ6 di Malaysia.

Rasanya, jika R7 dilancarkan peringkat global, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mungkin perlu menimbangkan membawa masuk model itu. Ini kerana model kelas 700cc untuk pasaran Malaysia cuma MT-07 dan belum ada pesaing terdekat dalam segmen sportbike middelweight seperti R7.

BACA >>> Aprilia RS660 (2021) Bakal Lancar di Malaysia, Harga RM60k

SUMBER: RideApart | Bennetts

Related

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aprilia RS 660 (2021), Motosikal 700cc, Yamaha YZF-R6, Yamaha YZF-R7

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev