• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Waisuku 155 VVA Lancar Khamis Depan?

Waisuku 155 VVA Lancar Khamis Depan?

March 12, 2021 By Shawkath 1 Comment

4.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) memberikan bayangan awal debut satu model baharu berkapasiti 155cc dengan teknologi VVA pada 18 Mac nanti (Khamis), jam 7 malam.

Satu klip video berdurasi 13 saat memaparkan artis Zizan Razak membuat pengumuman di Facebook Yamaha Motor Malaysia mengenai model baharu tersebut. Aktor filem Polis Evo itu cuma menyebut ‘motosikal Yamaha 155cc dengan VVA’ tanpa sebarang butiran lanjut lain.

Persoalan sama ada model dimaksudkan itu kapcai 'Y15ZR V3 dengan VVA' masih samar. Jangan hampa jika produk yang menjadi teka-teki itu bukan V3 seperti dinantikan. Mungkinkah HLYM memilih untuk tidak menggunakan istilah V3?

Seperkara yang perlu kita akui, Y15ZR V2 yang ada kini masih belum dilengkapi teknologi VVA. Ada kemungkinan juga V2 dengan VVA atau mungkin V3 dengan VVA. Di Vietnam, pembeli di sana sudah diperkenalkan dengan Exciter 155 VVA (V3) yang juga negara pertama dunia menerima supermoped itu pada akhir tahun lalu.

Apapun jangan pening kepala kerana hampir pasti motosikal itu ialah 'Waisuku' jika mengambil kira kegilaan peminat Malaysia dengan kapcai tersebut. Lagipun, foto intip sudah pun tular sejak Januari lalu. Takkanlah tetiba HLYM lancarkan XSR 155 kan.

Nak tahu perbandingan antara Exciter 155 VVA (2021) Vietnam dan Y15ZR V2 (2020) Malaysia boleh klik pautan di bawah ini:

BACA >>> Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
BACA >>> #Spyshot: Lagi Y15ZR V3 Dikesan, Lebih Jelas dengan Dua Warna (Bila Nak Lancar?)

Related

4.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Hong Leong Yamaha Motor, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), Yamaha Exciter 155 VVA (2021), Yamaha Y15ZR (2020), Zizan Razak Yamaha 155 VVA

Comments

  1. mass says

    March 14, 2021 at 4:16 PM

    Nak jual lagi mahal dari mt15 ke camane ni?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my