TESLA mengejutkan banyak pihak apabila menaikkan harga kereta jenama itu tanpa sebarang makluman kepada media dan bakal pembelinya.
Model terlibat ialah Model Y Long Range dan Model S Plaid+ yang naik hingga AS$10,000 (RM41,150) kepada AS$49,990 (RM205,710), dan AS $149,990 (RM617,210). manakala Model 3 Standard Range Plus dan Model 3 Long Range dinaikkan AS$500 (RM2,060) kepada AS$37,490 (RM154,270) dan AS $46,490 (RM191,310).
Perubahan harga Model Y paling terkesan kerana model itu paling murah berbanding Model S Plaid+ yang sudah sedia tinggi. Bagaimanapun kenaikan harga untuk Model 3 Standard Range Plus dan Model 3 Long Range tidak memberikan banyak perbezaan berbanding harga asal.
Punca kenaikan harga kemungkinan disebabkan permintaan Model Y yang melebihi stok Tesla. Kekurangan bekalan semi-konduktor yang memberi kesan terhadap pengeluar sedunia juga mungkin mempengaruhi jenama kereta eletrik buatan Amerika Syarikat (AS) itu. Namun, masih tiada kenyataan rasmi daripada Tesla setakat ini.
BACA >>> Tesla Model X Kini Lebih Pelik dan Lebih Kuasa, Guna Stereng Ala Pesawat, Kuasa 1,020hp!
BACA >>> Kenapa Port Pengecas Kereta Elektrik Tidak Universal?
SUMBER: Jalopnik
Leave a Reply