• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Triumph Lancar Rocket 3 Edisi Terhad dengan Warna Serba Hitam, Cuma 1,000 Unit Sahaja!

Triumph Lancar Rocket 3 Edisi Terhad dengan Warna Serba Hitam, Cuma 1,000 Unit Sahaja!

March 14, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

70
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APABILA Triumph melancarkan Rocket 3 generasi baharu pada Julai 2019, ramai peminat cruiser jatuh cinta dengan motosikal jenama Britain itu yang debut dengan mengurangkan berat hampir 40kg berbanding model terdahulu berbekalkan enjin 3-silinder sebaris 2,458cc.

Terbaharu, Triumph memperkenalkan dua varian baharu edisi terhad model itu, iaitu Rocket 3 R Black dan Rocket 3 GT Triple Black yang tampil dalam skema warna hitam supaya sesuai dengan karakter sebagai cruiser buas.

Berikut ciri dimiliki dua varian baharu Rocket 3 tersebut:

  • Kedua-dua model hanya menerima perubahan kosmetik, dan masih menggunakan casis aluminium dengan enjin 2.5L penyejukan cecair berkuasa 165hp dan tork 221Nm.
  • Bahagiann luaran kini serba hitam dengan dan ekzos 3-in-1 dalam kemasan hitam sepenuhnya. Bezel lampu depan dan kowl radiator juga dihitamkan.
  • Bagi meringankan lagi berat sedia ada, Triumph menggunakan banyak komponen aluminium dan anod hitam. Semua komponen berikut dihitamkan seperti tuil, pedal, yok, peg kaki, penaik (riser), apit bar hendal, tongkat sisi dan gad swingarm.
  • Menggunakan gentian karbon pada madgad dan cermin sisi pada bar hujung yang tiada pada versi standard.
Triumph Rocket 3 GT Triple Black
Triumph Rocket 3 R Black
  • Walaupun kedua-duanya berwarna hitam, tetapi kemasan cat adalah berbeza. Versi lebih sporty, R Black menggunakan tona kontras antara hitam mati (flat black) dan berkilat. Varian GT Triple Black pula menampilkan kemasan lebih premium dalam motif gradien hitam.
  • Secara ringkas, model R Black nampak lebih minimalis dan low-profile, manakala GT Triple Black lebih menyerlah.
  • Harga jualan R Black ialah AS$23,700 (RM97,530), dan GT Triple Black berharga AS$24,400 (RM100,410). Setiap varian cuma dihasilkan 1,000 unit sahaja untuk pasaran seluruh dunia.

BACA >>> Spesifikasi Triumph Street Twin (2021): Kemas Kini Minimalis, Harga RM39k
BACA >>> Spesifikasi Triumph Trident 660 (2021): Lancar di Malaysia, Harga RM43.9k

TRIUMPH ROCKT 3 GT TRIPLE BLACK
Triumph Rocket 3 GT Triple Black
TRIUMPH ROCKET 3 R BLACK
Triumph Rocket 3 R Black

SUMBER: RideApart

Related

70
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: cruiser, roda2, Triumph, Triumph Rocket 3 GT Triple Black Edition, Triumph Rocket 3 R Black Edition

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my