• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penunggang Ducati Panigale Maut Rempuh Honda CR-V Buat Pusingan U

Penunggang Ducati Panigale Maut Rempuh Honda CR-V Buat Pusingan U

March 11, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG penunggang motosikal jenis Ducati Panigale maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CR-V di Kelantan, semalam.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 5.30 petang  di Jalan Rantau Panjang-Pasir Mas dekat Kampung Gual Mesa di Pasir Mas yang mana impak perlanggaran menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

Memetik laporan Kosmo!, mangsa, Muhammad Alif Aiman Ibrahim, 29, bertugas di sebuah firma swasta dan mengalami kecederaan pada beberapa anggota badan.

Siasatan polis mendapati SUV dipandu seorang wanita berumur 50-an itu dalam perjalanan dari arah Pasir Mas ke Rantau Panjang, dan berhenti di bahu jalan untuk membeli sayur. Selesai membeli, wanita berkenaan membuat pusingan U untuk pulang ke Pasir Mas.

Pada ketika itu, Muhammad Alif Aiman yang sedang menunggang dari arah Rantau Panjang tidak sempat mengelak dan membrek lalu merempuh SUV itu. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA >>> Ducati Panigale V4, V4 S dan V2 (2020) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM109k
BACA >>> Lelaki Ini Satu-Satunya Pemilik Ducati Superleggera V4 di Malaysia Berharga RM880k!

SUMBER: Facebook

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ducati Panigale, Kelantan, kemalangan ducati, Muhammad Alif Aiman Ibrahim, Pasir Mas - Rantau Panjang, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev