• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Enjin Terbakar Tiba-Tiba, 380,000 Kereta Kia Kena Panggil Balik

Enjin Terbakar Tiba-Tiba, 380,000 Kereta Kia Kena Panggil Balik

March 12, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KIA mengeluarkan notis panggil balik untuk hampir 380,000 unit model jenama itu di Amerika Syarikat (AS) berikutan kerosakan enjin yang berisiko terbakar.

Pada masa sama, pengeluar itu turut mengarahkan pemilik terlibat supaya memarkir kenderaan mereka di luar dan jauh dari sebarang binaan sebelum tiba tarikh giliran panggil balik sebagai langkah keselamatan jika berlaku kebakaran. Antara model terlibat ialah beberapa unit kenderaan utiliti sukan (SUV) Sportage (2017-2021) dan sedan Cadenza (2017 -2019).

Masalah dikatakan berpunca daripada litar pintas pada unit kawalan brek hidraulik elektronik yang boleh mencetuskan arus berlebihan hingga boleh mendatangkan kebakaran. 

Kia Cadenza 2019
Kia Sportage 2021

Menurut Kia, kenderaan yang dipanggil balik itu tidak dilengkapi sistem Kawalan Jelajah Pintar. Pemilik juga daoat mengesan masalah kereta mereka berdasarkan nyalaan lampu indikator Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan simbol amaran lain pada panel meter sebelum masalah tersebut berlaku. Selain itu, pemilik juga dapat menghidu bau benda terbakar pada kereta.

Kempen panggil balik itu bermula 30 April nanti yang membabitkan penukaran fius pada kotak eletrik kereta.

Segalanya terjadi apabila Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) menyiasat kes kebakaran enjin Kia dan Hyundai pada 2019 apabila agensi bukan Kerajaan, Pusat Keselamatan Auto (CAS) memulakan petisyen menggesa pihak berwajib bertindak atas aduan kebakaran melibatkan kereta Kia dan Hyundai.

Apabila inkuiri dibuat, NHTSA mendapat banyak aduan terdiri daripada 3,100 kes kebakaran, 103 kes kecederaan dan satu kes kematian.

TINDAKAN NHTSA

Pada November tahun lalu, NHTSA mengenakan denda AS$137 juta (RM562 juta) ke atas Kia susulan reaksi lambat untuk memanggil lebih sejuta kenderaan terlibat, termasuk menggesa pengeluar itu meningkatkan aspek keselamatan kenderaan. Berdasarkan dokumen NHTSA, kegagalan enjin dan masalah kebakaran ke atas produk Hyundai dan Kia didapati menjejaskan lebih 6 juta unit kenderaan sejak 2015.

Agak ngeri juga kalau kereta tiba-tiba boleh terbakar. Harapnya model Kia dan Hyundai di Malaysia tidak terlibat dengan masalah sama. Tambahan lagi negara kita sudah sedia panas. 

BACA >>> BEG UDARA TAKATA: ETCM Panggil Semula 52,707 Unit Model Sentra, X-Trail 
BACA >>> Kia Tayang K8 Serba Baharu dengan Rekabentuk Ilham Kapal Layar Mewah Termaju

SUMBER: autoblog.com

Related

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: engine faulty, Kebakaran, Kia, Kia Cadenza, Kia Sportage, masalah enjin, Recall

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my