PIAGGIO menyambut ulang tahun ke-75 tahun ini dengan melancarkan tiga model Vespa edisi khas, iaitu Primavera 125, GTS Super Tech 125 dan GTS Super Tech 300 dalam warna kuning klasik metalik gaya 1940-an.
Antara ciri istimewa dimiliki skuter ini ialah:
- Dipasangkan rak bagasi krom dan beg khas yang seakan tayar ganti.
- Ada lencana aniversari dan dekal sempena ulang tahun ke-75 dalam warna kuning gelap yang dipasang pada panel sisi dan fender depan.
- Mendapat enjin spesifikasi tinggi mengikut model masing-masing. Model Primavera dijana enjin 125cc, manakala GTS mendapat dua varian enjin, 125cc dan 300cc.
- Model GTS Super didatangkan dengan panel meter TFT, dan sistem navigasi terbina-dalam yang boleh dihubungkan dengan telefon pintar.
- Pemilik diberikan skaf sutera dan lapan poskad peringatan sempena lapan dekad sejarah Vespa.
- Sejak pendaftaran paten pertama pada 1946, Piaggio menyatakan sudah menjual hampir 19 juta unit Vespa seluruh dunia, termasuk 1.8 juta unit sepanjang dekad lalu.
- Vespa edisi ke-75 ini boleh dibeli bermula Mac 2021 hingga akhir tahun ini, tetapi masih tiada berita rasmi mengenai kehadirian model ini ke pasaran tempatan.
BACA >>> Tangan Semakin Kuat, Marquez Mungkin Beraksi di GP Qatar
BACA >>> Mercedes-AMG GT 4-Door E Performance - Model Hibrid Prestasi Tinggi dengan Teknologi F1
SUMBER: motorcyclenews.com
Leave a Reply