PANDULAJU sebelum ini pernah menyiarkan artikel yang mengesahkan Boon Siew Honda bakal membawa masuk model mini street, Honda MSX125 ke pasaran Malaysia pada tahun ini.
Baru-baru ini kami membuat 'follow-up' bersama 'orang kuat' Boon Siew Honda dan mereka menyatakan model berkenaan akan dilancarkan pada penghujung tahun. Bagaimanapun, tarikh sebenar tidak didedahkan.
Menurut sumber itu juga, spesifikasi Honda MSX125 yang akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia adalah sama seperti versi di Thailand. Ini bermakna Malaysia akan menerima model facelift yang sama di Thailand.
Dari aspek prestasi, Honda MSX125 bakal dijana unit enjin bersesaran 125cc bersama teknologi PGM-FI, sama seperti model skuter PCX. Bukan saja berkuasa, ia turut menawarkan penjimatan bahan api.
Rekabentuk luaran Honda MSX125 pula hadir dengan penampilan garang dan menarik. Ia dipadankan dengan lampu LED, rim bersaiz 12 inci, lampu belakang LED, meter digital dan suis enjin.
HARGA
Menurut sumber itu juga, Honda MSX125 dijangka akan dijual pada harga sekitar RM10,000. Bagi peminat model mini street, sudahkan anda bersedia!!!
SPESIFIKASI
HONDA MSX125
ENJIN 125cc dengan teknologi PGM-FI
TRANSMISI 4-Kelajuan
KUASA MAX 10hp@7000rpm
TORK MAX 10.9Nm@5500rpm
KAPASTI TANGKI 5.5L
Leave a Reply